SEAFOOD AGLIO-OLIO



Aglio-olio merupakan jenis masakan pasta paling ringkas dan mudah. Ia juga merupakan makanan tradisi di kawasan Abruzzo, Italy. Selain itu, ia juga boleh didapati di negara-negara lain. Bahan asasnya ialah lada hitam dan chili flakes.

Bahan-Bahan:
2 keping udang harimau
2 keping scallop (boleh diganti kupang dsb)
200gram spaghetti (direbus 3 suku masak)
5 gram chili flakes/hirisan chili kering
3 gram lada hitam
2 gram bawang putih (hiris)
2 gram bawang merah (hiris)
3 gram mentega

Cara Masakan:
1. Panaskan mentega sehingga cair diatas kuali leper (pan).
2. Kemudian masukkan bawang putih dan merah. Tumis sehingga naik bau.
3. Selepas itu masukkan udang, scallop, chili flakes dan lada hitam.
4. Setelah separuh masak, barulah masukkan spaghetti dan sedikit air.
5. Masukkan garam dan perasa, biarkan sehingga masak sepenuhnya.
6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Post a Comment

0 Comments