Hijau Daun band indie popular Indonesia

Kalau di Malaysia band indie menguasai pasaran muzik, Indonesia juga semakin semarak dengan kemunculan band-band indie di pasaran mereka.

altAntara band indie yang semakin popular ialah Hijau Daun. Kumpulan yang kini bernaung di bawah bumbung Sony Music itu sebenarnya sudah berusia lapan tahun di arus underground dan pernah merakam beberapa single. Pada masa itu mereka digelar Klorofil.

Hanya hujung tahun lalu barulah mereka menghasilkan muzik di arus perdana. Mereka menukar nama kerana Klorofil difikirkan terlalu ilmiah untuk dibawa ke arus perdana.

Album sulung berjudul Ikuti Cahaya melonjakkan nama mereka dan sekarang sedang mengadakan tour di seluruh kota di Indonesia. Keputusan mereka untuk berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada muzik membuahkan hasil.

Kalau menonton TV di sana ada sahaja klip video dan rakaman persembahan mereka jadi hidangan penonton. Semestinya juga pendapatan sekarang berganda berbanding semasa bekerja tetap dulu.

"Sekarang kantung kami lebih tebal. Dulu semasa mengambil keputusan berhenti kerja, memang kami membuat keputusan yang berat. Beruntung kami kerana Tuhan memberikan hasil yang terbaik buat kami," kata penyanyinya, Dide saat ditemu bual wartawan Indonesia.

Mereka tidak kerugian apabila terpaksa meninggalkan kerja sebagai syarat merakam album bersama Sony Music.

Hijau Daun yang berasal dari Lampong kini popular dengan lagu Suara (Ku Berharap), Cobalah dan Sampai Kau Bicara. Ada yang kata mereka ikut arus muzik kumpulan ST12 dan Peterpan.alt

"Sebagai kumpulan baru, menjadi lumrah apabila dibandingkan dengan kumpulan terdahulu, tapi kalau didengar kesemua lagu dalam album kami, pasti anda tahu tanggapan itu tidak benar," sambung Dide lagi.

Selain Dide yang juga bermain gitar akustik, Hijau Daun dianggotai oleh Arya (gitar akustik), Richan (bes), Array (gitar) dan Deny (dram). Arya antara yang menjadi idaman peminat kerana wajahnya yang tampan.

Post a Comment

0 Comments