Noorita juara Pesona DeWajah Harmoni

alt

Penyertaan eksekutif kewangan yang juga ibu beranak satu, Noorita Yusof dalam pencarian Pesona De' Wajah Harmoni 2008/2009 membuahkan hasil apabila di menjuarai pertandingan itu sekali gus bakal dilantik sebagai duta produk kecantikan De' Wajah.

Nampaknya hasrat Noorita yang dipendam sejak masih menuntut di Universiti Malaya untuk menceburi bidang peragaan tercapai selepas bergelar ibu.

Dulu percubaannya kurang dipandang kerana imejnya yang bertudung. Pada masa itu wanita bertudung kurang dalam dunia seni, khususnya peragaan.

"Saya tak sangka... tapi syukur alhamdulillah apabila pihak juri memilih saya memenangi pertandingan ini.

"Saya akan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai duta produk De' Wajah nanti," kata Noorita kepada Mangga Online.

Sebenarnya saya sendiri kebetulan mengenali Noorita sejak dia masih menuntut lagi. Pada masa itu Noorita menemani teman lelakinya Ahmad Arif Nordin (sekarang suaminya) menjalani sesi fotografi untuk menghiasi ruangan Kacak Bergaya kelolaan saya di

alt
Mingguan Malaysia.

Pada saat itu Noorita mengatakan minatnya untuk mencuba nasib dalam peragaan. Nampaknya peluang wanita kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu hadir tahun ini

Nooriita membawa pulang wang tunai RM10,000, cincin dan rantai tangan tajaan Udiamond bernilai RM10,000 trofi tajaan Langkawaiicrystaal, pakej percutian ke Bali, Indonesia tajaan Utusan Travel dan hadiah iringan lain.

Naib juara jadi milik seorang setiausaha Nawar Anisah Abdul Salam manakala Eksekutif Farmaseutikal Noraziah Mod. Amin menduduki tempat ketiga. Tahniah kepada pemenang.

Pada majlis yang berlangsung di Hotel Legend, Kuala Lumpur itu, bekas wanita pertama negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dianugerahkan Tokoh Ibu Harmoni 2009.


Post a Comment

0 Comments