I Love You, Man


Filem:
I Love You, Man

Dibintangi oleh:
Paul Rudd, Jason Segel, Rashida Jones, Andy Samberg, J.K. Simmons, Jane Curtin, Jon Favreau dan Jaime Pressly

Genre:
Komedi Romantik

Ulasan:
‘I Love You Man’, filem komedi romantik terbaru di bawah arahan John Hamburg. Melihat kepada tajuk filem ini, mungkin ada yang menyangka filem ini berkenaan cinta songsang, tetapi ia sama sekali tidak benar. Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda, Peter Klaven yang berusaha mencari sahabat lelaki untuk dijadikan ‘best man’ ketika majlis perkahwinannya nanti. Semuanya bermula apabila Peter melamar kekasihnya Zooey. Ketika Zooey sibuk mengumumkan berita pertunangannya kepada rakan-rakannya yang lain, Peter pula tiada teman baik untuk dia berkongsi cerita. Di pejabat, hanya rakan sekerja wanita menjadi teman berbual. Peter tidak selesa berbual dengan rakan sekerja lelaki kerana topik perbualan mereka tidak disukai oleh Peter. Walaupun menyedari yang dia tidak mempunyai sahabat baik lelaki seperti kebanyakan lelaki lain, Peter tidak memandang serius perkara itu sehinggalah suatu hari dia mendengar rakan-rakan Zooey mengumpat tentang dirinya yang tidak mempunyai sahabat lelaki. Dari saat itu, dia mula mencari rakan lelaki yang boleh dijadikan sahabat baik. Setelah beberapa temujanjinya tidak menjadi, Peter akhirnya bertemu Sydney Fife, seorang lelaki yang teruk tetapi mempunyai minat yang sama dengannya. Semakin rapat Peter dengan Sydney, semakin renggang hubungannya dengan Zooey. Secara keseluruhannya, filem ini tidaklah terlalu teruk untuk ditonton bersama pasangan anda. Bagaimanapun perlu diingatkan, apabila sampai dipertengahan cerita, pasti anda akan berasa sedikit bosan. Ini kerana jalan ceritanya terlalu meleret-leret. Mujurlah pada permulaan cerita, unsur komedi yang ditonjolkan mampu membuat penonton ketawa berdekah-dekah. Bagi GUA cerita ini terlalu mendatar. Selain itu, jalan ceritanya juga mudah dijangka kerana ia berakhir dengan ‘happy ending’.

Info:
Filem ini menduduki tempat ke 16 dalam carta box office USA pada minggu ini. Setelah sembilan minggu ditayangkan di sana, filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak US$70,686,399.

Post a Comment

0 Comments