Le Ann Maxima Penuhi Selera Golongan Muda


Berita baik kepada penggemar fesyen di luar sana. Kini anda boleh menambahkan koleksi pakaian yang ada dengan mengunjungi butik Le Ann Maxima, label fesyen terbaru di pasaran yang menawarkan koleksi pakaian yang ‘chic’, kontemporari, ringkas dan bergaya. Jika anda berusia di antara 20 – 35 tahun, koleksi pakaian ini pasti sesuai dengan anda. Terutama jika anda gemar tampil seksi. GUA sendiri jatuh cinta dengan koleksi yang ditampilkan. Walaupun berpotongan ringkas, ia mampu menyerlahkan potongan badan setiap pemakai. Bersempena dengan majlis pelancarannya baru-baru ini, Le Ann Maxima telah memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu Easy Breezy & Tribal Ethnic. Easy Breezy menampilkan koleksi pakaian yang bersifat ringan, di mana ia diperbuat daripada fabrik sifon dan kain kapas. Manakala Tribal Ethnic membariskan pakaian yang mencerminkan kepelbagaian budaya dengan motif-motif menarik. Antara selebriti yang hadir ialah Atilia, Sazzy Falak, Jaclyn Victor, Belinda Chee, Daphne Iking dan Aishah Sinclair. Semua selebriti hadir dengan mengayakan koleksi terbaru Le Ann Maxima. Butik yang baru sahaja dibuka di Jaya One, Petaling Jaya pada awal April lalu ini adalah milik anak Malaysia. Walaupun masih baru, tetapi syarikat E-Maxim Fashion (M) Sdn Bhd sebenar sudah sembilan tahun berkecimpung dalam industri fesyen. Sebelum ini syarikat ini mengeksport pakaian mereka di negara China, Amerika, Eropah dan Asia Pasifik. Butik Le Ann Maxima yang berkeluasan 3,300 meter persegi ini beralamat di Lot C- 31-G, Jaya One, Petaling Jaya ( berhampiran dengan Old Town Kopitiam).

Post a Comment

0 Comments