Menu Terbaru Cheng Ho


Bagi mereka yang gemar makanan berkonsepkan Chinese-Islamic, jangan lupa mengunjung restoran milik penyanyi popular Amy Search, Cheng Ho, yang baru-baru ini telah memperkenalkan menu terbarunya.

"Cheng Ho merupakan destinasi paling ideal buat pengunjung terutamanya bagi mereka yang beragama Islam untuk menikmati hidangan makanan laut ala 'chinese style' yang halal. Di sini, semuanya dilakukan dengan bersih oleh chef profesional. Saya harap dengan menu baru ini, para pengunjung akan lebih puas apabila menjamu selera di sini," kata Amy.



Antara hidangan dalam menu baru yang boleh dinikmati ialah Deep Fried Fish Zheng He style, Phet Sat Stim Fish, Fresh Milk Prawns, Kerabu Squid Cheng Ho style, Black Mushroom with Fish Maw, Crab Meat Tofu Soup dan Stim Chicken with Herbs.



Kesemua hidangan tersebut diperkenalkan dan dimasak oleh Chef Mohd Hanif Zakaria, Chef Fairuz dan Chef Jaafar.

"Pada masa yang akan datang, kami merancang untuk menyediakan pelbagai jenis Dim Sum untuk para penggemar Dim Sum. Saya jamin kesemua makanan di sini adalah halal dan restoran saya juga menyediakan pakej sempena tahun baru iaitu Yee Sang yang biasanya dihidangkan secara berkumpulan yang boleh dinikmati dengan harga hanya RM25 seorang (untuk 5 - 6 orang) dan RM50 seorang (10 - 12 orang).

"Bahan-bahan untuk membuat Yee Sang seperti minyak zaitun, kami dapatkan dari negara Palestin dengan tujuan membantu dan meringankan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat negara tersebut. Manakala madu kami import dari negara Yemen," jelas Amy.

Restoran Cheng Ho terletak di Block 3B-15-17G (belakang Pasaraya Carrefour), Seksyen 4, Wangsa Maju.

Post a Comment

0 Comments