Bila album ‘Alam Maya’ diriliskan tiga tahun lalu, ada yang berpendapat genre jazz sukar mendapat tempat di hati pendengar umum yang sudah biasa disuapkan dengan lagu-lagu pop, rock dan balada.
Tetapi Noryn Aziz ketika itu yakin pendengar muzik Malaysia sudah terbuka minda mereka untuk menerima sesuatu yang baru. Walaupun album tersebut dicalonkan di AIM 2007 dalam kategori persembahan vokal terbaik – wanita dan memenanginya gelaran artis baru wanita terbaik di Anugerah Planet Muzik 2007, sambutan terhadap ‘Alam Maya’ kurang memberangsangkan.
Namun begitu, bukan mudah untuk mematahkan semangat anak seni ini. Buat album terbarunya, ‘Selamanya’, genre jazz tetap diketengahkan tetapi kali ini dengan sedikit perbezaan.
“Seni itu sesuatu yang subjektif dan sukar untuk menentukan apa yang okay. Melihatkan pendengar sukar menerimanya (‘Alam Maya’) kerana merasakan ia terlalu jazzy, saya perlu berkompromi, contohnya dari segi gubahan dan melodi.
“Saya perlu mencari keseimbangan di antara apa yang pendengar mahukan dan apa yang saya inginkan agar hasilnya sesuatu yang dapat kami nikmati bersama-sama. What’s the point jika saya hanya membuat sesuatu yang orang lain sukakan tetapi tidak saya sendiri?”
Ditanya jika dengan berkompromi itu seakan “selling out”, Noryn menjelaskan para pendengar tidak ambil kisah tentang betapa bagusnya sesebuah karya itu dari segi teknikalnya, atau betapa kreatifnya chord atau arrangement yang digunakan.
“What they care about is whether the song sounds nice or not. Sebagai seorang artis yang sedang cuba tampil dengan sebuah genre yang walaupun bukan baru tetapi agak asing buat para pendengar umum, saya perlu beralah.
“Pentingnya sekarang untuk mewujudkan kesedaran di kalangan peminat muzik tentang kehadiran saya. Bila mereka sudah kenal dan suka dengan nyanyian dan lagu-lagu saya, ia menjadi lebih mudah untuk memperkenalkan mereka kepada muzik saya.”
Bukan tidak pernah dicuba genre pop yang lebih mudah diterima pendengar. Pada tahun 1997, Noryn mengeluarkan album solo pertamanya, lapan tahun selepas berpisah dengan Sister Sister, berjudul ‘Fantasi O Realiti’. Walaupun berjaya menerima pencalonan di dalam kategori Artis Baru Terbaik, Album Pop Rock Terbaik serta Kejuruteraan Album Terbaik di AIM 1997, namun dirasakannya ada sesuatu yang masih “missing”.
Di ICOM-lah (International College of Music), Noryn akhirnya menemui dirinya yang sebenar di dalam muzik jazz. Dari situ, bermulalah transformasi Noryn sehingga terlahirnya ‘Alam Maya’.
Menginginkan kebebasan untuk berkarya, album pertama dan kini, kedua, dibiayai sendiri, hasil daripada persembahan korporat dan ‘endorsement’. Dengan trend pasaran yang lebih menjurus kepada muat turun ditambah pula kegawatan ekonomi, keputusan Noryn untuk melahirkan sebuah album baru mungkin dilihat sebagai satu tindakan yang kurang bijak.
“Album itu sebuah platform untuk menunjukkan kreativiti seseorang artis. Tanpanya, seorang penyanyi itu tidak berbeza dari penyanyi lounge. Untuk menjadi seorang artis rakaman, banyak yang perlu dikorbankan. Pengorbanan itu akan terasa berbaloi bila anda memegang album sendiri di tangan.”
Kebanyakan lagu yang bakal dimuatkan dalam album ‘Selamanya’ karya Noryn sendiri. Mac Chew dan Jenny Chin antara penerbit yang akan bekerjasama dengannya untuk album ini.
Tentang perancangannya selepas ini, dia berharap untuk album yang seterusnya, dia dapat memasarkannya ke Amerika dan England.
“Mungkin bukan sebuah album penuh tetapi kompilasi seperti Putumayo. Banyak sebenarnya perancangan saya. I’m doing it slowly. Saya taknak tergesa-gesa melakukan sesuatu,” kata Noryn yang baru-baru ini telah menerima anugerah PJK daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

0 Comments