Push

http://gua.com.my/photobank/article/1/8/69AD2F81EC6649A7933C529F353854D9.jpg

Filem:
Push

Dibintangi oleh:
Chris Evans, Dakota Fanning, Camilla Belle, Cliff Curtis dan Djimon Hounsou

Genre:
Aksi

Ulasan:
Filem arahan Paul McGuigan ini merupakan buah tangan terbaru edaran Grand Brilliance Sdn Bhd. ‘Push’ berkisar tentang sekumpulan psikik yang mempunyai kuasa luar biasa dan menjadi buruan agen kerajaan yang mahu menggunakan mereka sebagai tentera yang hebat.

Bagaimanapun, sebelum tujuan itu tercapai, pihak kerajaan menjalankan beberapa eksperimen bagi meningkatkan kuasa yang dimiliki oleh golongan ini, termasuklah menggunakan sejenis dadah merbahaya.

Golongan psikik ini terdiri daripada beberapa kumpulan iaitu Movers, Watchers, Pushers, Stitches, Sniffs, Shadows, Bleeders, Shifts, dan Wipers. Setiap kumpulan ini mempunyai keupayaan tersendiri dan mereka saling memerlukan. Tetapi percayalah, pasti ramai yang tidak menyedari perbezaan kumpulan ini kerana ia tidak disampaikan secara jelas.

Walaupun filem ini diklasifikasikan sebagai filem aksi, tetapi ia bukanlah filem superhero yang menampilkan seorang superhero yang sukar ditewaskan oleh pihak musuh. Tetapi filem yang menggunakan Hong Kong sebagai latar tempat ini mengetengahkan seorang hero yang bijak bertindak apabila situasi memerlukan. Bukan tiada sebarang aksi dipaparkan tetapi ia agak terbatas.

Selain itu, GUA juga merasakan jalan cerita filem ini agak berbelit-belit dan sukar untuk difahami. Sehingga tamat tayangan, GUA masih tidak begitu jelas dengan beberapa perkara seperti bagaimana Cassie boleh sampai ke Hong Kong dan mengapa tidak semua golongan psikik menjadi buruan pihak kerajaan?

Info:
‘Push’ yang berdasarkan novel tulisan Sapphire ini juga terdapat dalam drama bersiri. Di luar negara, filem ini banyak mendapat komen negatif daripada pengkritik kerana dikatakan mempunyai jalan cerita yang berbelit-belit. Bagaimanapun, filem ini masih mampu memberi kepuasan kepada penonton yang gemarkan filem fiksyen.

Post a Comment

0 Comments