ADA KALANYA RAMBUT SAYA STATIK. BAGAIMANA NAK TENANGKANNYA?
Statik berlaku apabila rambut terkena cas elektrik di udara (tempat berhawa dingin), contohnya seperti di pejabat. Kejung rambutmu dek udara kering pendingin hawa. Cuba syampu yang berumusan melembap sesuai dengan jenis rambutmu dan gunakan pengering ionik yang tidak akan menyerap lembapan seperti pengering biasa. Jika rambutmu tetap statik, cuba cari penyelesaiannya di bawah.
1. Rambut Halus/Lurus
Your strategy: Sapukan krim antifrizz hanya pada bahagian hujung rambut untuk mengelakkan pangkalnya berminyak. Simpan bedak rambut di dalam tas tangan untuk touch up apabila diperlukan. Cuba Schwarzkopf Osis+ Dust It, RM55.
2. Rambut Medium/Beralun
Your strategy: Rambutmu agak lebat, jadi jika disemburkan perapi tanpa bilas kamu mungkin boleh mengelakkan statik dan mengunci lembapan. Semburkan pada rambut lembap sebelum dikeringkan. Saranan ‘Cosmo’, Futerer Melaleuca Deep Cleansing Anti Dandruff Spray, RM100.
3. Rambut Kerinting
Your strategy: Tekstur rambut yang kasar perlukan perapi tanpa bilas yang lebih berat ataupun perawatan overnight seperti L’Oréal Elsève Re-Nutrition Night Serum, RM36.90, untuk memastikan rambutmu lebih lembut dan tenang keesokan paginya. Elakkan produk penjagaan rambut yang berasaskan alkohol kerana ia boleh mengeringkan kerintingmu.
RAMBUT SAYA SELALUNYA MELEPER SETELAH SAYA TANGGALKAN TOPI KELEDAR. BAGAIMANA NAK ELAKKAN KEADAAN INI BERLAKU?
Sebelum memakai topi keledar, dandan rambut dengan tujuan menambah maya. Topi memerangkap haba menyebabkan rambut kekal dengan keadaannya pada waktu itu (melekap pada kepala). Namun jika kamu kembangkan bahagian pangkalnya, kamu mampu mengunci maya. Bergantung kepada panjang rambutmu, cuba ini:
1. Rambut Panjang
Pulas rambut menjadi sanggul tinggi di atas kepala, ikatkan dengan getah pengikat, dan kemudian barulah sarungkan topi keledarmu. Bila dah tanggalkan, buka ikatan sanggul dan leraikan sambil geleng-geleng kepala. Kirai dengan jari untuk kemaskan.
2. Rambut Pendek
Pulaskan rambutmu dari depan ke belakang, sambil membentuk empat bahagian berbonjol (tolakkan rambut ke depan) dan sematkan pin sebelum memakai topi keledar. Tanggalkan pin apabila kamu buka topi, tunduk dan gayakan semula dengan jari.
APAKAH CARA TERBAIK MENGELAKKAN RAMBUT DARIPADA KUSUT BERSIMPUL?
Jenis fabrik yang kamu pakai turut menyumbang kepada masalah rambut kusut. “Apabila kamu tanggalkan kot, baju atau skarf, statik dan kekeringan boleh berlaku,” ujar Mara Roszak, jurudandan selebriti. “Kamu selamat jika bertocang ekor kuda tetapi untuk yang berambut pendek atau ingin lepaskan rambut, apa yang boleh dilakukan ialah semburkan detangler sambil tunduk. Kemudian guna sikat jarang untuk leraikan kusut,” nasihatnya. Masih kusut? Pertimbangkan fabrik lebih lembut.
0 Comments