Berikut adalah surat amaran yang telah di’terima oleh Azwan Ali :
No. Aduan SKMM : 0356/05/09
Tuan,
LAMAN BLOG http:// www.silasrazwanali.blogspot.com
Dengan hormatnya aduan tuan bertarikh 19 Mei 2009 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (”SKMM”) telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis amaran terhadap pengendali laman web terbabit agar beliau memastikan bahawa kandungan di dalam laman blog tersebut tidak melanggar peruntukan Seksyen 211, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan bahawa pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang adalah suatu kesalahan.
Pihak SKMM amat menghargai sebarang komen/aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia di Malaysia.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
@@@dirahsiakan@@@Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor
0 Comments