Fighting


Filem:
Fighting

Dibintangi Oleh:
Terrence Howard, Channing Tatum, Luis Guzman dan Cung Le

Genre:
Aksi, Drama

Ulasan:
‘Fighting’ adalah sebuah cerita heroik berkisarkan Sean, seorang jurujual jalanan yang menjaja barangan cetak rompak di bandaraya New York. Dengan kematian anak bini serta seorang ayah yang tidak mahu menerimanya, tidak banyak yang tinggal dalam hidup Sean untuk dijadikan motivasi. Tetapi perselisihan dengan guru veteran ‘street-fighting’, Harvey Boarden (Terrence Howard), membuka hidup Sean ke satu karier yang baru.

Agak pelik mengapa pelakon bereputasi seperti Terrence Howard mengambil filem seperti ini. Walaupun ia sebuah filem aksi, jalan ceritanya agak koman, mengisahkan kehidupan perit yang terpaksa di lalui. Daripada menjual barangan cetak rompak, watak Sean terpaksa pula menggadaikan nyawa dan bermati-matian untuk mencari nafkah dengan darahnya sendiri, sebagai seorang ‘street fighter’. Menang sekali, dapat US$5,000. ‘Fighting’ tiada banyak beza daripada filem-filem lawan zaman 80-an seperti yang dilakonkan oleh Jean-Claude Van Damme.

Babak-babak aksi di sini terlalu laju dan padat dengan ‘angle’, susah untuk ‘pick-up’ dan menikmatinya. Dahlah tu, cuma empat kali lawan. Selebihnya dihabiskan dengan membina cerita yang tiada banyak makna. Jadi, apa yang tinggal?

Walaupun malang premis dan penyampaian cerita ‘Fighting’ ini, terdapat sebutir mutiara dalam bentuk Tatum Channing sebagai bintang aksi era baru yang berpotensi.

Lahirnya Seorang Bintang:
Bintang aksi baru, Channing Tatum, akan tampil seterusnya di dalam ‘G.I. Joe’ dan juga ‘Public Enemies’ arahan Michael Mann, membawa watak Pretty Boy Floyd.

Post a Comment

0 Comments