Setelah beberapa lama kes pendakwah bebas dan penyanyi Akhil Hayy dan isterinya, Maizawati Zainal, menjadi bualan ramai, akhirnya kes pergolakkan rumahtangga pasangan ini telah diperdengarkan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada jam 10.25 pagi tadi.
Prosiding pada pagi tadi bagi mendengar kes menuntut cerai yang dikemukakan oleh isteri Akhil. Kes itu telah didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridhuan Yusof. Maizawati diwakili dua peguam, Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong. Manakala, Akhil pula tidak diwakili oleh mana-mana peguam.
Dalam laporan mStar Online hari ini, perbicaraan pada pagi tadi bermula agak lewat daripada yang dijadualkan kerana menunggu kehadiran Akhil. Maizawati hadir ke mahkamah bersama dengan anak-anaknya, sementara suaminya ditemani oleh dua rakan.
Menurut sumber, ketegangan hubungan pasangan ini jelas kelihatan apabila mereka dilihat langsung tidak bertegur sapa.
Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang perkembangan terbaru itu, Akhil hanya memberitahu yang dia akan selesaikan perkara itu dengan cara yang terbaik dan dia juga tidak mahu memperbesarkan isu rumahtangganya itu. Malah, Akhil juga sempat memberi komen sinis dengan mengatakan, “Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV.”
Maizawati pula engan memberikan sebarang komen lebih lanjut. Dalam laporan mStar Online itu juga ada menyebut yang Maizawati bagaikan binggung sama ada ingin meneruskan niatnya untuk menuntut cerai. Alasan yang diberikan olehnya, ramai kawan-kawan yang nasihatkan supaya jangan cerai kerana tindakan sebegitu hanya membuatkan dia kelihatan kalah.
Kes ini ditangguhkan ke 15 Julai kerana ada dokumen yang tidak lengkap untuk membuat urusan tuntutan.
Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati menjadi perbualan hangat apabila Maizawati membuat pendedahan tentang kemelut rumahtangganya di dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' dan ‘Wanita Hari Ini’ (WHI).
0 Comments