Dynas Tidak Lupa Peminat


Selama dia bergelar anak seni, kata Dynas, belum lagi ada peluang untuk berkenalan dan mengucapkan terima kasih pada peminat atas sokongan mereka. Ditambah dengan kemenangannya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini, dia benar-benar terharu dengan penghargaan yang diberikan. Atas sebab itu, dia berhasrat mengadakan satu ‘gathering’ bersama peminatnya.

“Saya tidak menjangka akan memenangi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Tapi saya amat berterima kasih pada peminat-peminat yang telah mengundi saya.


“Saya belum merancang lagi apa yang saya nak buat, mungkin a night out dengan mereka kerana belum lagi saya berpeluang untuk berjumpa face-to-face dengan fans saya. Dan untuk Hari Lebaran yang bakal tiba pada September nanti, jangan lupa hantar kad ucapan Hari Raya. Saya janji akan balas kad anda semua,” kata Dynas yang dijumpai semalam ketika pengumuman finalis Shout! Awards dimana dia telah di senarai pendek untuk Anugerah Stylo.

Bagi peminat yang merindui kehadiran Dynas di kaca TV, berita baiknya dia sedang menjalani penggambaran untuk ‘Kala Hati’ yang bakal disiarkan di slot Samarinda, TV3.

Memainkan karektor Puteri Serena, anak seorang tokoh korporat, kehidupannya di kawal ketat oleh ayahnya hinggakan dia tidak mempunyai kebebasan untuk memilih calon suami sendiri. Adiputra melakonkan watak lelaki yang dipaksa untuk mengahwininya.

Buat Dynas, walaupun gembira dapat kembali bekerja selepas menghabiskan kebanyakan tempoh pantangnya di rumah dengan menonton DVD dan melayari Internet, namun dia tidak lagi ingin seperti dulu, dimana dia mengakui terlalu ghairah dengan kerja.

“Saya perlukan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Artis-artis kita bila bekerja akan menjadi terlalu fokus hinggakan mereka tiada masa untuk bersama orang-orang tersayang. Saya tidak mahu itu berlaku lagi.

“TX is TX tapi saya mempunyai kehidupan saya sendiri dan ia lebih baik juga untuk syarikat produksi kerana tidak lagi timbul masalah jadual penggambaran artis apabila hanya mengambil satu projek pada sesuatu masa.”

Tambahnya lagi, dia dan suami merancang untuk melancong ke luar negeri pada hujung tahun ini. Apatah lagi mereka belum sempat berbulan madu. Belum ditentukan destinasi mereka kerana masing-masing asyik bertukar fikiran.

“Tapi mungkin pada bulan depan kami akan ke Sabah dulu, jalan-jalan di sana.”

Jika anda suka baju dan aksesori yang diperagakan Dynas, anda boleh membuat tempahan di www.dna.com.my

Post a Comment

0 Comments