Johan dinasihatkan nikahi Ozlyn

Menurut pemanggil, dia sudah semakin 'rengsa' melihat telatah Johan dan Ozlyn yang seperti dengan sengaja memaparkan 'kemesraan melampau' mereka di depan khalayak akhir-akhir ini.


Banyak juga gambaradegan mesra dan berpelukan itu disiarkan di internet sekali gus membuatkan sebahagian anggota masyarakat kurang senang.

"Kalau sudah bergambar berpeluk-peluk, terlebih mesra, melekat-lekat, macam-macam orang boleh kata. Tak payahlah sampai macam tu, tak elok. Kita ni orang Melayu, jangan nak berlagak mengalahkan Mat Salih," kata seorang kakak 'bertih jagung' ni di talian telefon. Nasib baik tak jumpa kat luar, kalau tidak basah muka gebu Marilyn dek siraman air liurnya. Ishhh!

Seorang lagi pemanggil pun cakap benda yang sama. Malah sempat beri nasihat kepada Johan dan Ozlyn agar buat keputusan kahwin segera kalau sudah terlebih sayang menyayangi.

"Kita tahulah awak berdua bercinta, dalam gambar bukan main mesra. Seolah-olah dunia ini mereka saja yang punya. Janganlah sampai macam itu sekali. Orang lain pun bercinta juga tapi tak over.

"Kalau sudah 'berkenan' sangat , lebih baik kahwin cepat-cepat,habis cerita. Lepas tu peluklah puas-puas, tak ada orang hendak marah lagi dah," kata pemanggil yang kedua, juga dengan bahasa penuh 'santun'.

Entahlah, mungkin agaknya begitulah gaya artis sekarang bercinta, kena tunjuk terlebih mesra, peluk sana-sini, baru ada kelas.

Bagaimanapun satu yang Marilyn pegang, kalau hendak buat apa-apa sekalipun, jagalah nama baik keluarga. Jangan buat ibubapa malu atau menanggung beban hanya kerana anak mereka menjadi seorang artis.

Mungkin cadangan peminat supaya mereka berkahwin tu adalah saranan terbaik yang boleh dilakukan oleh Johan dan Ozlyn.

Post a Comment

0 Comments