Nurul Shuhada dan Mejar Faiz bakal berkahwin Disember ini


ITU khabar yang Marilyn dengar. Pasangan sama cantik, sama padan, Nurul Syuhada dan Mejar Dr. Faiz Khalid khabarnya sudah mencari lokasi untuk bernikah dan bersanding setelah hubungan mereka mendapat restu kedua-dua belah keluarga.

"Kalau ada lokasi sesuai, majlis mereka akan dibuat penghujung tahun 2009. Kalau paling lambat pun, sekitar awal tahun 2010.

"Apa-apa hal pun, cerita mereka hendak kahwin tu memang satu kenyataan, bukan main-main tau," beritahu seorang kawan kepada Marilyn.

Baguslah kalau macam tu. Apa yang Marilyn perhatikan kedua-duanya bijak menjaga nama baik sendiri dan nama keluarga. Macam itulah ikon atau idola masyarakat. Bukan saja jaga nama baik diri sendiri, tetapi juga keluarga.

Jarang sangat tengok mereka berkepit berdua atau muncul dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak wasangka orang. Jauh sekali 'terpeluk' atau 'tersondol' macam yang seorang artis popular tu lakukan dengan teman wanitanya baru-baru ini.

Apa yang pastinya, Marilyn tak sabar hendak tengok mereka naik pelamin. Baik Nurul atau Faiz mempunyai sikap merendah diri dan hormat kepada orang lain, meskipun mereka punya nama besar dan hebat. Ada orang, nama taklah sehebat mana, tetapi perasan saja yang lebih. Mulalah mudah besar kepala dan tak ingat di mana bumi di pijak lagi.

Nurul atau Faiz masih merendah diri dan tau hormat orang lain. Untung ibu bapa yang melahirkan mereka, bukan saja dapat anak yang baik, juga bakal mempunyai menantu yang berperangai baik.

Post a Comment

0 Comments