Kotex Kepada Memahami Tubuh Anda


Dalam satu kajian yang dijalankan Kotex baru-baru ini di negara-negara Asia, didapati tubuh badan merupakan satu isu yang amat penting bagi gadis remaja yang sedang meningkat dewasa. Ini kerana isu tersebut berkait-rapat dengan isu-isu persekitaran hidup yang lain seperti keyakinan diri, perhubungan sosial dan kerjaya.

Kajian tersebut juga mendedahkan bahawa gadis remaja Malaysia mempunyai tahap pengetahuan yang sangat rendah tentang tubuh badan mereka. Berdasarkan kuiz Pengetahuan Tubuh Badan yang dijalankan, hanya tiga daripada 10 gadis berjaya mendapat markah penuh.

Kurangnya pengetahuan mendalam terhadap tubuh mereka membawa kepada pelbagai tekanan dan ketidakpastian.

Atas sebab itu, Kotex telah menerbitkan buku ‘Tentang Gadis’, khas buat gadis remaja dimana ia mengupas topik-topik seperti perhubungan, haid, tubuh badan dan keseksualan.

Ditulis oleh Azah Yasmin Yusoff, yang dikenali sebagai bekas pengacara program ‘3R’, buku ini mengutarakan pelbagai permasalahan dan persoalan yang telah dikumpulkan daripada 30,000 pelajar perempuan sepanjang lebih 10 tahun Kotex melawat ke sekolah. Selain itu, beberapa sesi temuramah berkumpulan telah diadakan untuk mendapatkan pendapat gadis remaja tentang isi kandungan dan rekaan buku ini.

60,000 naskah buku ini akan diedarkan secara percuma di sekolah-sekolah menerusi lawatan yang akan dijalankan melalui program ‘Kotex Unbound’. Selain itu, buku ini juga boleh di muat turun di laman web Kotex iaitu www.kotex.com.my.

Post a Comment

2 Comments

  1. Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

    ReplyDelete
  2. thanks to the Anonymous for your comment

    ReplyDelete