Krisis Zed Zaidi Dengan Syamsul Yusof

Zed Zaidi seorang yang suka berterus terang. Ternyata jelas, dalam blognya, Zed Zaidi suka bercerita tentang dunia rakan-rakan selebriti. Pada satu entri, Zed Zaidi meluahkan rasa tidak puas hati dengan Syamsul Yusof dan melabelnya sebagai seorang yang ‘pra tak matang’ dan ‘muka nak minta penumbuk’.

Zed mendakwa dia pernah ada ‘kes’ dengan Syamsul suatu ketika dulu. Selain itu, dia juga menganggap Skop Productions masih relevan tanpa Syamsul.

Komen Syamsul:

“Awalnya saya sendiri tak tahu Zed ada menulis dalam blognya mengenai saya.Sehinggalah ada seorang wartawan menghubungi saya dan bertanya, samaada saya ada masalah dengannya atau tidak, barulah saya dimaklumkan mengenai perkara itu. Apabila saya sendiri membaca blog berkenaan,memang terkejut, bukan saya saja yang dia kutuk, tapi termasuklah Mawi!

Biasalah, dalam kita melayari kehidupan, bukan semua orang suka dengan kita, ada juga yang tak suka. Saya anggap, kalau ada orang yang tak suka dengan saya, itu lumrah. Yang jadi masalahnya sekarang,Zed dah tulis macam-macam mengenai saya dalam blog dan dia tahu, blog semua orang boleh baca. Tuan empunya badan seperti saya dan Mawi akan baca, jadi bagi saya, Zed seolah-olah mencabar saya!

Zed juga dalam blognya mendakwa saya pernah ada ‘kes’dengannya dulu. Apa ‘kes’ itu, tanyalah dia sendiri. Bagi saya,sepanjang mengenalinya, saya tak pernah ada apa-apa masalah dengannya.Kami pernah bekerjasama ketika saya mengarah drama bersiri Sembilu dan Sembilu Kasih suatu ketika dulu. Lama saya bekerja dengannya, adalah dalam dua, tiga tahun. Kami bekerja dan berkawan.

Kalau Zed kata saya ada ‘kes’ dengan dia, saya tak nampak,apa ‘kes’ yang dimaksudkannya. Sebagai pengarah drama, saya pernah memarahinya di lokasi, tapi bagi saya, itu perkara biasa. Kami kadang-kadang berlainan pendapat, itu biasa, tapi bukan kepada Zed seorang saja, artis lain pun, kalau tak betul, saya tegur, marah. Dalam kita bekerja, benda tu adat, kita harus profesional. Yang penting kerjajalan, di luar set, kita kawan! - [sumber]

Apabila ditanya pada Zed Zaidi, beliau mengakui yang dia tak pandai menulis. Zed tulis atas ikut rasa berdasarkan apa yang dirasainya dengan menggunakan deria penglihatan dan pengamatan. Sebenarnya, sebelum artikel itu keluar, Zed ada hantar SMS kat Syamsul tapi masa tu, takde pula Syamsul rasa tak puas hati. Tak sangka, selepas tu, Syamsul kecewa dan melenting.

Ini komen dari Zed Zaidi:

“Begitu juga dengan Syamsul. Apa yang saya tulis sebelum ini tentang dia hanyalah pandangan saja. Saya tidak ada apa-apa masalah pun dengan dia. Saya tulis juga yang dia ada menyapa saya dengan baik ketika di ABP tempoh hari. Perkataan ada ‘kes’ yang saya tulis itu pun sebenarnya tak ada apa-apa. Itu hanya untuk menggambarkan pandangan saya terhadapnya dulu. Bagi saya, mengkritik bukan bermaksud benci. Industri seni sama saja macam bidang politik, kritik antara satu sama lain adalah perkara biasa. Dulu pun orang kritik lakonan saya, tapi benda itu saya ambil sebagai pembakar semangat. Kritikan sebenarnya mampu membuatkan kita lebih matang. Dan sebagai artis, kita kena tahu memang kita akan terdedah kepada kritikan. Saya tahu, memang ada yang tak suka dengan cara saya menulis. Tapi saya hanya menjadi diri sendiri. Tapi mungkin apa yang saya tulis itu telah disalahertikan dan sebab itu benda ini jadi ‘panas’.” [sumber]

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan aman.

Ini dia gambar Zed Zaidi masa pelancaran drama Yusoff.

Post a Comment

0 Comments