Apa masalah diorang tah? Berlakon sudah lah! Dapat duit. Nak touching-touching lak! haha. Diorang ni tak abes-abes dengan masalah. Part ada Fasha je ada saja masalah. Tapi admin tak nak salahkan sesiapa. Siapa yang menampakkan perangai yang buruk. Dia yang kena. Walaupun kadang-kadang situasi tersebut bukan terjadi kerana dia. Nora Danish pula kenapa? Dua-dau pun samalah bermasalah Haishh! Nasib korang lah sayang!
Nampaknya kebenaran pengunduran Nora Danish dari drama ‘Spa Qistina’ terbongkar apabila pihak penerbit sendiri, Global Station Sdn Bhd dikatakan enggan lagi ‘cover’ untuk pelakon comel itu. Ingat lagi laporan Harian Metro Ahad lalu, di mana Nora memaklumkan pengundurannya dari ‘Spa Qistina’ adalah kerana pertindihan jadual ‘Spa Qistina’ dan filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2?, akibat perubahan jadual ‘Spa Qistina’? Malah perkara itu diakui juga oleh penerbit Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa yang turut menafikan semua cakap-cakap bahawa Nora tidak profesional dan mempunyai masalah disiplin.
Tetapi apabila Fasha Sandha mula dituduh sebagai punca pengunduran Nora – cerita awalnya, Fasha dikatakan telah tiba-tiba hadir di set ketika Nora sedang melakukan penggambaran, menyebabkan pergaduhan di antara mereka, malah siap ada adegan tarik-tarik rambut lagi – pihak penerbit, dari cerita yang disampaikan, terpaksa tampil ke depan untuk mendedahkan perkara sebenar.
Kisahnya begini. Nora mengamuk apabila mendapat tahu Fasha telah tiba di set lebih awal dari dijadualkan untuk membuat persiapan bagi ’scene’-nya. Puas kru produksi memujuk tetapi kemarahan Nora tak juga reda. Akhirnya, Nora meninggalkan lokasi tanpa bertembung langsung dengan Fasha. Ekoran insiden itu, diputuskannya untuk mengundurkan diri dari produksi ‘Spa Qistina’.
Dimaklumkan, apabila berita pengunduran Nora dari ‘Spa Qistina’ dihebohkan, seorang teman artis melalui Twitter telah bertanyakan kesahihan perkara itu. Nora bukan saja mengiyakan berita itu tetapi juga berkongsi keputusannya adalah kerana ’self pride’.
“Katanya lagi ‘no guts no glory’,” dedah sumber laman web GUA. Bila cuba mencari entri itu, tidak dijumpai.
Tempat Nora kini akan diambil alih oleh Ummi Nazeera. Dan pada mereka yang tersilap menyalahkan Fasha atas apa yang berlaku, rupa-rupanya dia tak bersalah. Tapi harapnya Nora Danish bersabarlah dengan apa yang berlaku… jadikannya sebagai pengajaran.
sumber : izyan.com
0 Comments