Fasha Sandha Kahwin senyap-senyap

Selepas pelakon jelita Zizie Ezette mengejutkan ramai pihak kerana berkahwin secara rahsia dengan Ahli Parlimen Kinabantangan, Datuk Bung Moktar Radin, tiba-tiba timbul pula cerita Fasha Sanda sudah berkahwin dengan bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram. Kononnya, pasangan ini telah berkahwin di sebuah hotel enam bintang di Kuala Lumpur dan jemputan hanya terdiri daripada kenalan rapat sahaja. Malah, turut diberitahu setiap tetamu tidak boleh membawa kamera mahupun telefon bimbit kerana pihak pengantin tidak mahu perkahwinan mereka sampai kepada pihak media.

Bagaimanapun, Harian Metro edisi kelmarin melaporkan Fasha menafikan perkara tersebut. Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh ‘Ratu Kontroversi’ ini,
“Mana ada saya kahwin senyap-senyap, Cerita ini tidak benar dan sampai saat ini saya masih bujang dan belum mendirikan rumahtangga. Jika ada yang menuduh dan fitnah saya, minta sila tampilkan bukti. Jangan setakat buat spekulasi tanpa bukti tidak sah.”
Dalam masa yang sama, Fasha turut memberitahu yang dia masih lagi bersahabat baik dengan Rizal.

Post a Comment

2 Comments