| GUA tak tahu nak mula di mana. Mula dari atas salah, mula dari bawah pun tak membantu. Bagaimana empunya diri boleh terjebak dalam kancah malapetaka fesyen sebegini rupa? Janganlah bersiap di dalam gelap atau di tempat yang tidak bercermin, tidak baik untuk penampilan diri dan juga menyakitkan semua mata yang memandang. |
| Gaunnya cantik, rambutnya unik, solekan menarik, siap dengan pose menggoda lagi, fesyen Yatt pasti menarik banyak mata yang memandang. Samada sesuai untuk majlis anugerah berprestij seperti ASK, GUA masih di atas pagar. Tapi kira macam boleh nyanyi “cantik menarik kau memang da’bom!” lah! |
| Pasangan Adlin dan Emelda memilih kombinasi warna kuning dan hitam, boleh tahan juga mereka berdua tetapi pemilihan selendang kuning pada Emelda merimaskan mata. Adalah lebih cantik jika di masa akan datang Emelda menempah gaun berlengan dan buangkan saja selendang yang melemaskan itu. |
Kebaya 20 tahun lepas kembali lagi di malam ASK tahun ini. Memanglah simple tapi GUA rasa ketinggalan zaman sedikit lah. Kalau boleh ambil masa sedikit untuk seterika kain tu mungkin lebih proper. Satin kalau tidak betul gayanya, memang senang berkedut. Bagi GUA, kain batik lebih menarik jika digayakan dengan kebaya itu. |
| Susan masih lagi menarik walaupun sudah beranak ramai. Tahniah GUA ucapkan kerana pandai menjaga tubuh badan. Tetapi pada pendapat GUA, warna fuschia yang digayakan hanya sesuai untuk wanita, janganlah dipaksa suami sedondon pula. Kalau Susan fuschia dan Mustafa kekal berkemeja putih, tentu sekali lebih bergaya. |
| Pelakon bujang yang meletup-letup dengan tawaran berlakon ini seperti tidak bersedia untuk ke ASK. Mungkin beliau mengambil keputusan untuk pergi sejam sebelum majlis bermula, jadi tak sempatlah nak tampil kemas bergaya. Imej ranggi yang ditampilkan tidak kena pada majlisnya. |
| Ni mesti kes bincang-bincang nak pakai apa dan akhirnya semua buat keputusan lebih kurang sama. Kita pakai gaun seksi sikit lepas tu cari shawl tutup bahu sikit. Walaupun seksi, bersopan. Tahun depan pilihlah gaun ada lengan, senang sikit mata memandang dan tak payah bahu memikul shawl berbulu itu. |
| Seri ibu mengandung terserlah di wajah Erra Fazira dan baju sutera berwarna perak yang dihiasi dengan batu-batu menghidupkan tema berlian di malam ASK 2008. Memang betul kata orang, citarasa perlu ada untuk bergaya dan Erra memang dikurniakan dengan citarasa yang baik. |
0 Comments