Isma, Zul dituduh Guna BOMOH

Pasangan Sehati Berdansa 3 (SB3), Isma & Zul, menafikan sekeras-kerasnya mereka menggunakan khidmat bomoh untuk mempertahankan kedudukan serta aura mereka dalam pertandingan realiti itu sekali gus menarik pengundi. Zul dan Isma kesal gosip itu semakin menular dan tidak tahu siapakah yang bertanggungjawab menyebarkannya. Mereka menjelaskan gosip tersebut tiba-tiba menimpanya selepas salah satu pasangan lain mendakwa ternampak benda ganjil dan terasa pelik ketika pasangan itu berlatih.

"Saya difahamkan cerita itu timbul selepas satu pasangan yang telah tersingkir kononnya nampak sesuatu yang ganjil ketika sesi latihan. Dia mendakwa ada ternampak nenek tua dan bilik latihan menjadi gelap. Dia mendakwa kejadian itu akhirnya membuatkan dia terlupa langkah tarian dan mula bercerita kepada pasangan lain.
"Kami kesal kerana gosip itu telah tersebar di akhbar dan peminat mula menuduh kami puncanya melalui komen-komen tidak berasas di dalam internet. Hairan kenapa kami pula dituduh bermain bomoh dan ilmu hitam sedangkan ini adalah pertandingan untuk mencari dana kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Gosip ini kami sudah dengar ketika minggu ke-3 dan ke-4 pertandingan ini lagi. Kami harap hentikanlah tuduh menuduh ini dan jangan bercakap tanpa bukti yang sahih," kata Zul atau Zulkefli Majid, 37.

Post a Comment

0 Comments