Woot! Faizal AF4 nikah tanpa pengetahuan Ibu Bapa?

Faizal AF4

Nampaknya cerita hangat mengenai perkahwinan Faizal AF4 tidak berhenti setakat dia memaklumkan yang dia sudah berkahwin sejak 10 bulan yang lepas sebaliknya ianya semakin menarik perhatian kami apabila Berita Harian hari ini melaporkan bahawa Faizal hanya memaklumkan kepada ibu bapa’nya mengenai pernikahannya selepas dua bulan bernikah. Woot!

“Kami hanya mengetahui berita perkahwinannya dua bulan selepas berkahwin. Itupun hanya melalui panggilan telefon saja. Kami pun tidak pasti di mana lokasi sebenar dia berkahwin kerana tidak dimaklumkan mengenainya,” kata Ramly Yaacob, 60, bapa juara Akademi Fantasia (AF) 4, Mohammad Faizal atau lebih dikenali Faizal AF4.

Ikuti berita lanjut yang dipetik daripada Berita Harian kat bawah ni:

Ramly ketika ditemui di rumahnya Sungai Kerak Satu, di sini semalam, turut mengesahkan menantunya yang hanya dikenali sebagai Norasyikin, 23, berasal dari Temerloh, Pahang itu adalah pelakon tambahan Momok The Movie yang juga pernah dibintangi Faizal.

“Setahu saya dan isteri, Faizal bernikah dengan Norasyikin dan kini tinggal di Kuala Lumpur. Awal tahun lalu, Faizal memaklumkan kepada kami dia ingin berkahwin, tetapi kami menganggap ia gurauan dan agak terkejut apabila tiba-tiba dimaklumkan dia sudah berkahwin pada 12 Februari lalu.

“Walaupun terkejut dan terkilan, kami reda dan menerima berita pernikahannya dengan hati terbuka. Kami percaya mungkin ada sebab tertentu Faizal merahsiakannya,” katanya sambil menafikan andaian wujud sebarang masalah keluarga sehingga Faizal memilih untuk merahsiakan perkahwinan.

Ibu Faizal, Zanidah Awang, 48, pula, berkata mereka sekeluarga tidak diminta oleh Faizal untuk merisik atau mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya ketika itu dan mereka hanya pernah berjumpa menantunya ketika Faizal membawanya pulang ke rumah sebelum mereka bernikah.

“Kami hanya jumpa (menantu) sekali saja sebelum mereka berkahwin, itupun dia hanya memperkenalkan gadis itu sebagai peminatnya. Namun, kami tidak menduga dia akan berkahwin dengan wanita itu, sehingga dia mengaku sudah berkahwin melalui panggilan telefon dua bulan selepas itu,” katanya.

Zanidah berkata, selepas mengetahui anaknya berkahwin, mereka sekeluarga berhasrat mengadakan kenduri kesyukuran di rumahnya, namun belum menetapkan tarikh berikutan kesibukan Faizal mempromosikan filem lakonannya, Pulau Asmara di ibu kota.

+ Sumber Berita Harian

Post a Comment

0 Comments