Permohonan ini dibuat oleh Seri Bayu selaku defendan yang didakwa tidak memberi nafkah kepada isterinya itu sejak 2007. Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Ghazalie Ahmad, Erema mendakwa suaminya tidak memberikan nafkah zahir dan batin serta memberikan tekanan emosi terhadapnya. Sehubungan itu, dia juga menuntut cerai fasakh itu kerana tiada persefahaman dengan suaminya lagi.


"Kami berharap plaintif tidak membantah untuk menyiasat penyata akaunnya kerana mahkamah sudah mengeluarkan perintah,” katanya lagi.Hakim Syarie memutuskan perbicaraan kes cerai fasakh ini ditangguhkan pada 1 Mac depan di mahkamah yang sama. Erema dan Seri Bayu hadir ke mahkamah secara berasingan. Wanita itu berlalu tanpa memberikan sebarang komen sambil mengesat air matanya sejurus perbicaraan itu selesai. Sementara Seri Bayu yang berkerusi roda memaklumkan dia tidak berpuas hati dengan jawapan Erema di dalam mahkamah kerana banyak fakta yang tidak betul.
0 Comments