Isu percakaran dengan Remy Ishak masih belum selesai & menuntut Ummi Nazeera menceritakan apa yang terjadi.
Namun kenyataan terbaru dari Ummi Nazeera secara tidak rasmi nampaknya si gadis masih menyimpan rahsia.
Ummi Nazeera secara sinis meminta semua pihak supaya tidak mengungkit lagi apa yang telah berlaku antara beliau & Remy Ishak.
Beliau juga ada menyatakan yang benar atau salah itu biar Tuhan yang tentukan kerana setiap yang terjadi pasti bersebab.
“Peristiwa yang lama jangan dikenang. Sabar itu separuh dari iman. Betul dan salah Allah yang tentukan. Tak perlu kita menuding jari.”
“Yang salah pasti ada sebabnya.Yang betul, syukur alhamdulillah. Hentilah bertanya benda yang lepas. Wasalam”
Siapa pun yang berada di’pihak benar sekarang tidak penting, peminat mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi pada masa & kejadian itu berlaku.
Jika Ummi Nazeera terus-terusan senyap & membiarkan pihak ketiga bersuara, mungkin sedikit tidak adil buat Remy Ishak.
0 Comments