Scha Dan Awal Pakat Kutuk Blogger

Mengapa korang berdua beriya-iya sangat nak salahkan blogger hiburan? Kitorang buat blog bukan hanya untuk dapat duit saja, memang dah kepuasan dan passion kitorang ke arah blogging. Sama macam korang berdua, kami berlakon untuk kepuasan dan bakat. Eh kami nak menyanyi jugaklah. Eh nak jadi producer boleh tak? Kalau boleh semua benda korang berdua nak buat aku rasa wahai Scha Alyahya dan Awal Ashaari.

Begitu juga aku dan blogger-blogger yang lain. Kitorang bukan ada satu blog saja, malahan lebih daripada 5 blog sudah pasti. Dan semuanya bukanlah hiburan, ada macam-macam lagi. Aku pun terasa jugaklah dengan hinaan korang berdua macamlah kitorang nak blogging pasal anda berdua yang tengah hangat ni. Ada bermacam-macam jenis blog lagi wahai Scha dan Awal. Blog personal aku RidzuanRichie.com ni pulak memang untuk personal aku dan hiburan. Aku dari tadika lagi suka baca Bipop & Panca Indera. Masa tu korang berdua pun tengah sekolah lagi agaknya.

Apa yang kitorang blogging pasal artis ni untuk peminat dan fans korang juga. Korang berdua ingat semua orang ada duit ke nak beli majalah-majalah hiburan tu semua? Nak beli paper pun kadang2 orang takde duit tau. Diorang tak sefamous dan sekaya macam korang berdua. Kadang-kadang nak tengok Melodi pun diorang takde masa tau. So wujudlah bermacam-macam jenis blog hiburan sekarang ni. Jadi publisiti korang melalui blog lebih meluas ok. Sila berfikir panjang lagi ya, korang berdua bukan jadi Hero dan Ratu Remaja sebab muka je kan? Panjang aku nak tulis ni.

“Twitter. I tweet, kalau I approve request, ada pulak yg tak bertanggungjawab buat benda bukan2. taruk daalm blog,scoop sana scoop sini. lumrah. Itulah yg internet buat. Bila kita nak lebih dekat dengan peminat, ada pulak yg mencacatkan niat2 tu”

Pasal Twitter, aku tahu korang berdua dah block aku daripada Twitter korang. Jadi itu takdelah menjadi satu masalah yang besar bagi kitorang sebagai blogger hingusan. Sebab bukan pasal korang berdua je yang kitorang boleh kupaskan. Kenapa yang korang marah sangat dengan benda Twitter ni? Yang korang bijak sangat nak memaki hamun lepas tu korang tweet dekat Twitter kenapa? Kalau kitorang tak tulis dekat blog pun, peminat dan follower korang boleh baca la. Even diorang takde blog pun, diorang boleh guna mulut.

Jangan cakap korang tak tujukan apa yang korang tweet tu bukan dekat Fahrin. Peminat pun boleh fikir dengan akal la. Kalau nak bercinta pun bawak-bawaklah bersabar tunggu habis Sehati Berdansa 3 ke. Wahai Scha, baru berapa bulan kau takde pasangan lepas clash dengan Fahrin. Sabar-sabar la dulu nak rapat dengan Awal tu. Dah la sama-sama conduct Sehati Berdansa tu. Awal pun sama.

Kitorang sebagai peminat dunia artis ni dah boleh faham cara korang lah. Yang sendiri cari pasal nak cari pasangan artis jugak tu buat ape? Cubalah cari yang bukan artis ke. Korang ingat ni zaman bercinta masa zaman sekolah asrama ke? Lepa couple dengan tu couple dengan ni. Padahal dalam kelompok yang sama nih. Lepas ni tolonglah berfikir sebelum Tweet! Dahla korang berdua tengah TOP digembar-gemburkan macam batas belakang rumah aku. Artis-artis relax je Tweet yang biasa-biasa. Aku doakan korang berdua bahagia. Jangan berpisah sudah, sebab korang kena get ready dengan benda-benda yang korang boleh fikir sendiri.

Post a Comment

0 Comments