Gossip mengenai Black dan Akak Mas Idayu masih lagi panas di Internet sehingga sekarang ni.Kisah panas hubungan mereka semakin hangat selepas Black mempamerkan kemesraan dengan bekas mentornya itu selepas diumumkan sebagai pemenang Kategori Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-24 hingga menjadi buah mulut orang ramai.
Namun Black masih lagi menafikan..Mari kita baca luahan anak muda ini mengenai gossip panas ini di bawah...!!
"Saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan dia (Mas Idayu). Saya anggapnya sebagai seorang ibu,"katanya selepas majlis penyerahan cek kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24, di Penthouse TV3 Sri Pentas.
Belum lagi reda gosip panas bersama bekas mentornya, Black kini berhadapan pula dengan cerita panasnya mengenai gambarnya bersama seorang perempuan yang telah tersebar di internet.
Apabila ditanya mengenai kesahihan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan perempuan yang bersamanya itu adalah kekasihnya, Black yang tersipu-sipu malu memberitahu perempuan itu sebenarnya bukan buah hatinya, tetapi mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat.
"Saya mempunyai ramai kawan perempuan, tapi yang ini paling rapat dengan saya.
"Saya boleh katakan dia adalah kawan perempuan yang boleh dilabelkan nombor satu.
0 Comments