Mungkin kerana terlalu sibuk di lokasi sehingga menyebabkan anak gadis ini leka seketika pembelajaran yang masih berjalan.Itulah nasib yang di lalui oleh anak muda ini,tanpa segan silu beliau berkongsi cerita masalah yang dihadapinya...Mari kita baca luahan anak gadis ini
Baca Selanjutnya
Pelajar jurusan Seni Persembahan dan Media Sunway University College Petaling Jaya, Selangor, Liyana Jasmay memberitahu yang dia kini berada dalam semester kedua terakhir sebelum bergelar graduan diploma. Liyana yang lahir pada 28 Mac 1988 itu sepatutnya menghadiri konvokesyen kolej pada tahun ini. Namun, impian Liyana musnah kerana dia harus menduduki semula dua peperiksaan untuk subjek Suntingan Filem dan Sejarah Teater.
"Tidak malu cakap, ini semua salah diri sendiri. Kehadiran saya dalam kelas mengambil markah sebanyak 50 peratus manakala selebihnya berdasarkan pemarkahan ujian teori dan praktikal. Dengan jadual lakonan padat dan komitmen lain, saya terpaksa ponteng kelas dan tertinggal kuliah penting. Maka, tidak mengejutkan kalau saya gagal dalam peperiksaan semester lepas." kata Liyana..
0 Comments