Boleh tahan juga Tomok ni,dalam diam-diam rupanya suda ada agenda penting sedang di usahakan di "Oversea".Jom kita baca kisah anak muda yang menjadi Juara OIAM ini di dada akhbar
METRO hari ini.
DALAM diam, juara One In A Million (OIAM), Tomok bergelar pelakon filem. CAK dengar selepas memenangi OIAM, dia ditawarkan watak utama sebuah filem berjudul Mantera yang menyaksikan kolaborasi syarikat produksi Malaysia dan Russia.
Khabarnya mereka akan berkampung di negara kaya raya itu sehingga 21 Februari ini. Cayalah! Patutlah CAK tengok mukanya berseri-seri di Anugerah Juara Lagu ke-24 lalu. Rupa-rupanya ada berita gembira yang dipendam.
Dalam pada itu CAK dengar ada beberapa pelakon memendam rasa dengan peluang diterima Tomok. Apa tidaknya, mereka sudah ada nama dalam dunia lakonan, rupa pun lebih kacak, tapi Tomok pula yang jadi pilihan.
Alahai, apa nak kecoh-kecoh dik, semua ini soal rezeki. Sudah tertulis watak itu milik Tomok, jadi jangan membuat kesimpulan yang bukan-bukan. Kalau dah cemburu sangat, apa kata pergi bersemuka dengan empunya syarikat produksi dan jelaskan kenapa kalian merasakan diri lebih layak daripada Tomok.
Mana tahu ada watak sesuai untuk projek akan datang atau paling tidak pun anda pulang dengan muka tersenyum sumbing gara-gara malu dengan perlakuan sendiri.
0 Comments