Fara nafi elak ambil gambar dengan makcik-makcik


Fara yang terkenal dengan sikap peramah dan penyayang itu didakwa mengarahkan pengawal peribadi yang bertugas dalam sebuah majlis baru-baru ini untuk menghalang makcik-makcik bergambar dengannya.


“SAYA nak nafi pun rasa kelakar apabila orang kata saya cuba elak untuk bergambar dengan makcik-makcik,”
kata penyampai radio popular, Fara Fauzana mengenai dakwaan dia enggan bergambar dengan golongan wanita berusia.


“Saya pernah marah pengawal keselamatan sebab mereka halang saya bergambar dengan makcik-makcik,”
tambah Fara yang bakal muncul menerusi program terbarunya, Alahai Fafau yang akan disiarkan di TV9 mulai 7 Februari ini.

Pengacara Melodi ini juga didakwa berlagak ‘diva’ dengan staf TV3. Dakwaan mengatakan Fara telah membaling kunci kereta kepada salah seorang pemandu kenderaan TV3. Mendengar dakwaan itu, Fara dalam keadaan tenang menjawab isu itu timbul kerana salah faham.

“Saya rasa cerita ini hanya salah faham, mengarut dan rekaan semata-mata kerana saya jarang menaiki kereta yang dipandu oleh staf TV3.


“Kereta saya diselenggarakan oleh anak saudara saya, Zul dan kadangkala saya serahkan kepada jockey. Tetapi di TV3 mana ada jockey,”
beritahunya

Post a Comment

0 Comments