Filem ‘Lu Pikirlah Sendiri de Movie’ tidak mencapai standard Nabil !!!


Tetapi selepas menyaksikan sendiri hasil arahan pengarah baru, Aminah Rhapor ini, Nabil jujur mengakui, ini bukan filem yang akan membuat namanya ‘boom’.


“Tak boleh kata saya sangat-sangat gembira atau berpuas hati. Tak berapa nak sampai cerita ini. Okaylah, untuk tengok macam tu je. Setidak-tidaknya ada juga beberapa babak yang mampu membuat penonton ketawa,”
luah Nabil bila ditemui selepas tayangan eksklusif ‘Lu Pikirlah Sendiri de Movie’ Selasa lalu.

“Tapi saya tahu kedudukan saya bila membuat filem ini. Saya masih baru (dalam bidang lakonan) ketika itu dan telah membuat yang terbaik. Dia (pengarah) pun baru (dalam bidang pengarahan). Jika kami diberi peluang sekali lagi, saya pasti kami dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik.”

Tambahnya lagi, “Benda ni sangat besar buat diri saya kerana ia menggunakan ‘tagline’ saya dan berdasarkan pengalaman hidup saya. Tapi hasilnya tidak mencapai piawaian saya, tidak mewakili siapa diri saya. Rasa terkilanlah.”

Namun, Nabil menegaskan tidak menyesali apa yang telah berlaku sebaliknya, melihat ini sebagai satu 'learning experience'.


“Saya berjumpa ramai artis yang memberitahu kita akan lalui benda-benda ini, di mana kita tidak berpuas hati dengan karya yang dihasilkan. Tapi itu tidak bermakna kita harus berputus asa. Sebaliknya, kita perlu teruskan usaha kita dan lebih berhati-hati selepas ini.”

Post a Comment

0 Comments