Perkahwinan penuh konterversi artis bernama Zizie dan Datuk Bung Mokhtar telah mengemparkan satu Malaysia.Kisah perkahwinan mereka menjadi buah mulut semua masyarakat sehinggalah ke dalam Parlimen ia menjadi topik hangat.
Bak kata pepatah masuk telinga kanan keluar telinga kiri, akhirnya kisah perkahwinan mereka semakin lenyap dan tinggal kenangan.mari kita baca luahan dan kisah terbaru pasangan bahagia ini..!!
Perkahwinan di antara ahli parlimen, Datuk Bung Mokhtar Radin dengan aktres Zizie Izette bukanlah menjadi satu rahsia lagi. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya mengapa dan bagaimana Zizie memilih Bung Mokhtar sebagai jodohnya.
"Kalau hendak cerita pasal paras rupa, memang dia tiada apa-apa. Yalah, dia bukannya tergolong dalam kategori lelaki yang kacak atau handsome. Tapi, bila sudah mengenali hati budinya itu, barulah saya mengetahui bahawa dia mempunyai banyak kualiti sebagai seorang lelaki yang sebenar. Selain berpendirian tegas, dia tahu apa yang dia inginkan, bijak, berani serta penuh dengan idea. Saya bangga dengan kualiti yang dimilikinya itu dan walaupun dia tidak kacak tetapi saya lihat dia punya manisnya yang tersendiri,"kata Zizie.
0 Comments