Satu persatu kisah bahagia dan gembira yang di terima oleh Tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail @ Chef Wan sukar hendak menggambarkan perasaannya dengan kata-kata setelah berita gembira itu disampaikan oleh Serina sebaik saja dia pulang dari berjumpa doktor petang tadi.
Inilah yang dinamankan anugerah ilahi kepada insan yang jarang sekali hadir dengan gossip dan konterversi walaupun sudah lamak berkecimpung dalam bidang yang di minatinya.Ikutilah luahan hati seorang ayah kini mengira hari menyambut kehadiran cucunya.
"Saya tidak sangka Allah kabulkan permintaan saya secepat ini. Alhamdulillah saya begitu gembira sampai terbayang-bayang gambar sikenit tu," jelas Chef Wan yang kini berada di Macau.
Jelasnya lagi, "Sejurus selepas saya mendapat berita itu ketika saya sibuk di penggambaran St Paul Ruins, Macau, hati saya melonjak kegembiraan. Tuhan selalu memberi apa yang saya hendak.
"Saya memang suka kanak-kanak. Merekalah anugerah yang tidak ternilai oleh Allah. Anak-anak adalah amanah dan amanah itu mesti dijaga dengan baik. Terus saya terbayang, saya akan masak dengan tiga generasi Chef.
"Chef 3, si kecik ni yang akan melihat macam mana Tok Wan dia menceceh depan TV memasak. Alangkah bahagianya kalau perkara itu terjadi... insya Allah," kata chef berusia 53 tahun itu.
Chef Wan tidak lupa menitipkan pesan dan nasihat untuk Serina agar menjaga kandungan baik-baik.
"Saya pesan pada Serina agar jangan lasak-lasak dan cuba berehat, makan makanan yang berzat dan jangan tinggal sembahyang serta bersyukur pemberian yang terlalu istimewa ini.
"Saya juga akan mencarikan Serina buku parenting dr Spock tu supaya dia boleh membaca dan mengambil tips dari situ. Malah ketika bekas isteri saya mengandungkan Nazri (Chef Riz), itu pun bunting pelamin juga....," kata Chef Wan yang juga menghubungi menantu kesayangannya Salahauddin untuk mengucapkan tahniah.
Katanya lagi, "Saya juga menasihatkan Salahuddin agar jaga Serina baik-baik. Saya sudah terbayang wajah comel cucu saya. Saya juga sudah tawarkan diri pada Salahuddin untuk jadi babysitter bila dah ada baby nanti."
Dan memandangkan keadaan Serina yang kini berbadan dua, resepsi perkahwinan yang dirancang diadakan di Sg Koyan terpaksa dibatalkan dan kemungkinan diganti dengan acara majlis cukur jambul kata Chef Wan.
"Saya pernah bersenda dengan Serina dan Salahuddin tentang resepsi di Sg Koyan. Saya ckapa jangan lambat-lambat nanti bunting pelamin pula. Tak sangka masin pula cakap saya.
"Malah Salahuddin juga pernah melawak katanya dia akan beri saya hadiah 'Chef 3' selepas Chef Wan dan Chef Riz. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat segala limpah kurniaNya," kata Chef Wan separuh sebak. Sebelum mengakhiri perbualan, Chef Wan dengan nada riang berkata, "Siapa sangka ye, saya akan dapat dua title 'Datuk' tahun ini. Inilah keajaiban."
0 Comments