Menurut Fathia, insiden tersebut berlaku bukanlah disebabkan oleh sikap panas baran atau besar kepalanya tetapi ia dipengaruhi oleh tindakan spontan gara-gara tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama itu.
"Saya langsung tiada niat untuk mengamuk sehingga membaling telefon kepada sesiapa pun, apatah lagi kepada Along yang saya hormati sebagai pengarah.
"Insiden itu berlaku secara spontan kerana telefon saya terlepas daripada tangan dan tercampak ke arah orang lain dan bukannya ke arah Along seperti yang didakwa.
"Sebenarnya, saya terlalu tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama itu. Kebetulan pula, sebelum itu saya baru saja mendapat panggilan peribadi yang membuatkan saya marah dan hilang pertimbangan," katanya. - mStar Online______________________________________________________
0 Comments