Alhamdulillah. Nawaitu Nora Danish nak sekolahkan anaknya, Rayqal Ramli akan tercapai ketika anaknya menjangkau usia 4 tahun. Nora Danish nak anaknya mendalami ilmu agama yang secukupnya. Tak mahu anaknya menjadi sosial, seperti segelintir anak-anak artis yang lain. Namun bapanya, si Jejai tidak sehaluan dengan Nora, mungkin ada lah sikit kot sokong, tapi Jejai lebih kepada sosial dan kebendaan. Tapi sebaiknya, Rayqal didedahkan dahulu dengan agama, biar tahu agama, asal apa yang dibuat kemudian hari tak akan menyusahkan siapa-siapa. :) mana tahu boleh jadi imam muda.
______________________________________________________"Namun, saya berhasrat untuk menghantar Rayyan ke sekolah tahfiz agar dia boleh mendalami ilmu agama dengan sempurna. Ini memang impian saya sejak mengandung, kalau boleh memang saya mahu lihat Rayyan belajar agama hingga ke Mesir.
"Tapi, bapanya pula lain. Dia juga mempunyai impian untuk anaknya, sekarang pun dia ada belikan barangan-barangan Polo untuk Rayqal, mungkin dia mahu anaknya mengikut jejak langkahnya."Saya tidak kisah, tapi kalau boleh biarlah Rayyan terlebih dahulu mempelajari agama, sekurang-kurangnya bila dia menceburi bidang lain, dia sudah mempunyai asas agama yang cukup."Saya mahu dia pandai agama, saya mahu segala-galanya untuk anak saya dan saya mahu dia masuk syurga. Zaman ini sahaja, macam-macam perkara sudah berlaku, kita tidak tahu dizaman Rayyan dewasa nanti bagaimana, jadi ini persediaan saya kepadanya," kata Nora. -ManggaOnline
0 Comments