Bercakap kepada Mstar, Azmil Mustafa yang dikenali dengan filem Ali Setan menyatakan betapa sukarnya menjadi mukmin sejati di dalam dunia artis. Namun daripada tutur-tutur kata Azmil, ternyata beliau sangat berhemah agar tidak melukakan hati bekas rakan-rakan seperjuangannya.
Saya rasa agak susah untuk menjadi seorang mukmin apabila hidup sebagai seorang artis kerana seperti yang kita tahu kehidupan artis lebih terdedah kepada keseronokan. Saya akui pelbagai dosa yang telah saya lakui sepanjang menjadi artis. Sehingga sekarang, ada yang masih menganggap saya sebagai artis dan mengenali saya dengan nama Ali Setan.
Malah Azmil sendiri mengakui yang dia belum cukup kuat untuk berdakwah kepada rakan-rakan artisnya. Mungkin Bob Lokman yang sebelum ini menghentam keras rakan-rakan artisnya boleh mengambil sedikit teknik bercakap secara berhemah daripada Azmil. Sejuk hati membaca kata-katanya:-
Saya sudah faham dan lalui pengalaman menjadi artis, jadi saya takut untuk berdakwah di kalangan mereka. Lagipun saya belum cukup kuat untuk bergaul dengan mereka semula. Saya rasa halangannya terlalu berat dan bimbang andai saya gagal untuk berdakwah kepada mereka
Semoga Azmil yang kini menetap di Malaysia selepas kembali dari Syria akan terus dirahmati dan diberkati perjuangan dakwahnya.
sumber:beautifulnara
0 Comments