Memang pelik kalau mendengar dua sahabat dalam kumpulan Jozan, Zizan dan Johan berdingin antara satu sama lain. Dalam pertandingan akhir ML yang lalu, mereka tidak menang malahan setiap minggu mereka mendapat tempat pertama undian/markah. Kata Cak dalam HarianMetro baru-baru ni, mereka berdingin/berselisih faham sebelum ML akhir tue. Mungkin kalau lihat persembahan mereka, ok sahaja kan. Tak macam ada apa-apa. Tapi itulah pelbagai alasan mengapa mereka boleh tewas di ML akhir yang lalu. Zzz. Wallahualam..
______________________________________________________CAK ada dengar selepas Jozan masuk ML, populariti mereka semakin mencanak-canak. Setiap minggu mereka ada show, terutama Zizan. Bayaran diterima pula ‘tersangat’ lumayan. Dan kalau tak salah CAK, disebabkan itu juga, mereka bermasam muka kerana Zizan gagal memberi komitmen untuk ML. Pada peringkat awal, undian mereka tertinggi tetapi rezeki berpihak kepada Sepah.Apabila muncul berdua, kenalah sepakat. Kalau tak boleh nak sepakat, buat persembahan secara solo macam Nabil. Bila dapat duit, tak payah kongsi dengan sesiapa. Rasa tak puas hati itu kelihatan ketara selepas selesainya pertandingan akhir ML. Apa saja Zizan cakap pada sidang akhbar yang diadakan selepas program itu, Johan ‘buat muka’. Menunjukkan yang dia tak puas hati.CAK yang tak dengar kenyataan Zizan pun boleh teka apa yang dicakapkan, antaranya mungkin dia kata ‘tak ada rezeki’ atau ‘mereka gementar’ dan sebagainya. Namun, cerita sebenarnya mungkin lain dan kebenaran itu hanya Johan yang tahu sebab itu dia ‘tak kuasa’ dengar kenyataan Zizan pada media. Barangkali benar kerana kurang komitmen, mereka tak dapat buat persediaan secukupnya. -HarianMetro
0 Comments