Berita yang agak menggemparkan ini sudah pun tersebar luas di internet seperti di Twitter dan Facebook
Dikatakan Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor ketika menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan.
Bob Lokman ditahan kerana dikatakan tiada tauliah dalam memberi ceramah tentang ilmu agama dan sekadar mengikut ‘kepala sendiri’.
Ada yang menyokong tindakan JAIS ada yang menyelar tindakan JAIS. Tapi kami di Rotikaya hairan kenapa mahu ditangkap orang yang berkongsi ilmu agama? Agak pelik disitu.
Orang yang menyebarkan ilmu agama ditangkap tetapi orang yang menyebarkan video lucah tidak ditangkap malah disanjung bagaikan hero.
Sedikit renungan untuk kita bersama, Sabda Rasulullah, “Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat…”. Namun hari ini usaha dakwah yang disarankan oleh Rasulullah ini disekat dengan pelbagai cara dan alasan. via milosuam
sumber:rotikaya______________________________________________________
0 Comments