Berita Pian Cecupak akan mengahwini seorang model, Aida Hazira Ahmad Razman sudah tersebar sejak beberapa hari lalu di blog-blog hiburan. Kami sengaja tak mahu melaporkan kerana tidak pasti kesahihannya. Kami cuba juga mencari info tentang Aida Hazira dan hanya menemukan profil seorang model lain yang bernama Aida Hazira tetapi dia bukan yang dikaitkan dengan Pian.
Hari ini, model sambilan yang dikatakan akan mengahwini Pian menafikan tentang itu kepada Harian Metro.
“Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin. Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan.”
Oh, ni kes syok sendiri kah?
“Saya hanya menganggap Pian sebagai kawan. Malah dia juga saya anggap seperti abang kerana dia pernah membantu saya, tidak lebih daripada itu.”
Macam mana ada perancangan perkahwinan yang tidak diketahui ‘bakal isteri’? Berani betul kau, noks, canang berita tak betul di akhbar nasional. Menurut Metro, berita selanjutnya boleh didapati dengan membaca akhbar mereka. Beli jangan tak beli!
sumber;beautifulnara
0 Comments