Metrowealth Movies Akan Miliki Studio Filem Bernilai RM50 Juta Di Cyberjaya

Sekitar Ogos 2011 yang lalu, satu Malaysia rasanya sudah tahu akan berita yang mengatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di MIG, David Teo telah pun membeli sebidang tanah di Cyberjaya.

David Teo ketika itu memberikan kenyataan mengakui yang sudah pun membeli sebidang tanah seperti yang di’beritakan dan akan membangunkan studio sendiri.

Hari ini, kami menerima maklumat dari mulut David Teo sendiri tentang gambaran studio yang bakal di’bangunkan untuk mengembangkan perniagaan syarikat yang di’ketuai beliau, Metrowealth International Group (MIG).

Menurut David Teo, studio filem yang bakal di’bangunkan nanti akan menelan belanja sebanyak RM50 juta. Sebagai perbandingan, studio perfileman milik KRU menelan belanja US$20 juta ketika 2009, iaitu RM64 juta nilai sekarang.

Menariknya, studio perfileman milik MIG ini nanti akan memiliki bangunan 9 tingkat yang mana turut menjadi pusat operasi perniagaan mereka.

Apabila di’minta wartawan kami untuk tunjukkan lakaran kasar bagaimana bentuk studio idaman, David Teo berkata ia’nya berbaloi untuk di’tunggu sebagai satu surprise. Heh.


sumber:rotikaya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments