Berita agak tidak baik untuk peminat Aiman Hakim Ridza yang sedang popular dengan drama Vanilla Coklat. Abang Nara ada menerima sepucuk email dan pengirim email tersebut menyatakan yang si Aiman ini sudah pun berpunya. Katanya kekasih tersebut sama sekolah semasa zaman pembelajaran dahulu.
Comel kan? Bagai merpati dua sejoli. Walaupun Abang Nara tahu ramai yang kecewa sekiranya wanita di atas memang kekasih Aiman, namun Abang Nara tak nampak perkara ini akan menjejaskan kariernya. Peminat sekarang sudah lebih bijak dan tak berapa kisah sangat kalau seorang selebriti itu ada kekasih atau tidak. Yang penting mutu lakonan kenalah mantap. Tak gitu?
Kepada Aiman Hakim Ridza, berlakon-berlakon jugak, jangan biarkan awek anda keseorangan. Kepada si kekasih, tabahkan hati melihat pakwe anda menjadi pujaan ramai wanita. Hehehe ~~
sumber:beautifulnara
______________________________________________________
0 Comments