Tuah ayam nampak di kaki, tuah Zarina Anjoulie dilantik jadi duta minyak wangi. Aceh, macam pantun dua kerat la pulak. Rupa-rupanya dalam diam, Zarina dilantik menjadi duta minyak wangi jenama Ched Solid Perfume sejak 2 bulan yang lalu. Dan Zarina menganggap dirinya popular kerana kalau tak popular takkanlah dilantik menjadi duta sesebuah produk.
Kata Zarina kepada portal Murai:-
Saya gembira kerana diberi kepercayaan oleh mereka untuk menjadi duta kepada produk ini.Saya tidak tahu sebab sebenar mereka memilih saya tetapi setahu saya peranan duta adalah untuk menjalankan sebahagian daripada aktiviti pemasaran serta promosi yang mereka jalankan. Jadi, untuk mempengaruhi orang lain atau pelanggan, seseorang duta yang dipilih atau dilantik itu haruslah popular serta diketahui ramai. Saya rasa…saya popular. Kalau saya ini tidak popular, tidak mungkin mereka akan pilih saya sebagai duta mereka.
Betul jugak kata-kata si Zarina nie. Abang Nara pun rasa Zarina nie sebenarnya agak popular. Mungkin kepopularitian Zarina tercipta menerusi kontroversi-kontroversi yang melanda dirinya, namun itu tetap serba sedikit membantu menaikkan nama Zarina. Semoga selepas ini Zarina akan lebih banyak mendapat tawaran sebegini.
sumber:beautifulnara
______________________________________________________
0 Comments