Rizal ada pada party Fasha

alt

Berita sensasi ada terima kiriman e-mel yang menyertakan gambar-gambar satu party Fasha Sandha.

Tak tahulah pulak bila tarikh dan di mana tempat party diadakan. Yang pasti di sebuah tempat yang tidak ada orang awamlah.

Hanya Fasha dan kawan-kawannya sahaja. Yang menarik perhatian ialah kelibat bekas suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram yang turut meraikan Fasha.

Fasha pernah menafikan gosip yang mengatakan dia ada hubungan istimewa dengan Rizal. Betul ker?


Dulu pernah juga orang bercakap pasal Fasha membuat persiapan nak kahwin. Tapi ia tidaklah menjadi paparan utama kerana wartawan hiburan kurang memberi liputan pasal Fasha lagi.

Sekali sekala sahaja cerita Fasha muncul, Itupun sedikit cerita di dalam majalah.

Setahu Berita sensasi, akhbar utama makin jarang memberikan fokus kepada Fasha gara-gara masalah yang pernah ditimbulkannya dulu.

Sebab itu Fasha kurang menonjol dari segi publisiti sekarang ni. Tapi ada juga drama yang dilakonkannya.

alt

Fasha pernah mengeluarkan kata-kata yang boleh membawa maksud dia tak perlukan wartawan, sebab itulah wartawan pun abaikan dia.

Pernah ada satu majlis pelancaran projek yang turut melibatkan Fasha. Tapi pihak penerbit tidak mengundang dia ke majlis kerana bimbang majlis yang dianjurkan tidak mendapat liputan.

Post a Comment

0 Comments