The Witches of Oz (2011) Complete BluRay 720p
-
[image: The Witches of Oz (2011)]
*Info:* http://www.imdb.com/title/tt1592287/
*Release Date:* 2011
*Genre:* Action | Comedy | Fantasy
*Cast:* Sean Astin, Bi...
Maharaja Lawak Mega Minggu 4 Full Video
-
____________________________________________________Jangan lupe tekan
iklan2 yg ada dalam blog ini dan like facebook..Cukup lah hanya
sekali..Terima kasih...
Cristiano Ronaldo mengandung
-
APA KEJADAH LA si ronaldo dengan mourinho ni..
______________________________________________________Please Click the
advertisment.Once is enough.Thank You...
Elfira Loy ialah antara selebriti remaja yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini. Semestinya dia berdebar menantikan keputusan SPMnya, namun dia masih nampak ceria dan comel dalam debaran tersebut. Maklumlah, SPM, walau bukan penentu kejayaan hidup, masih mampu menentukan arah dan mencorakkan hidup kita selepas ini . Bagaimanapun, Elfira telah menulis di Twitter yang cukup sekadar perasaan berdebar telah berlalu. Mungkin dia belum bersedia berkongsi keputusan SPM dengan orang ramai. Apa pun kami mengucapkan selamat maju jaya pada Elfira walau apa jua bidang yang akan dia ceburi selepas ini. Lagi 2 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Program Merakyatkan Seni Budaya:Prihatin 1Malaysia, 26hb Mac 2012 (Isnin) dari jam 4.00 petang di Padang Sukan Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas. Semua dijemput hadir!”Semarakkan Seni Budaya”
Ada desas-desus yang mengatakan bahawa pengacara Jalan-Jalan Cari Makan sebelum ini iaitu Qi telah pun dibuang daripada rancangan tersebut untuk musim 2012. Malah lebih teruk lagi ada suara-suara menyatakan yang ianya berpunca daripada hubungan Qi dan Yuna. Namun ternyata desas-desus dan suara-suara itu tidak benar.
Qi melalui akaun Twitternya (@Qi0808) telah memberikan penjelasan yang dia mahu menumpukan kepada bidang lakonan bersempena tahun 2012. Bagi Abang Nara ini satu langkah yang sangat bagus. Dalam bidang pengacaraan memang sudah terbukti kehebatan Qi. Walaupun sememangnya sudah berlakon sebelum ini, namun kewibawaan Qi dalam bidang lakonan masih jauh dibandingkan dengan pelakon lain.
Dan Qi juga turut memohon agar peminat JJCM tidak memberikan komen yang terlalu negatif kepada pengacara baru. Apa pun, kita tunggulah 2 3 episod lagi. Mana tahu pengacara baru JJCM ini memang jenis lambat panas. Tak gitu?
Kalau popular, terutamanya jika anda sangat popular seperti Aaron Aziz, ada pihak yang akan cenderung mengambil kesempatan. Dalam hal in, Harian Metro beberapa hari lepas melaporkan, ada pihak yang tidak dikenali mengaku sebagai pembantu peribadi Aaron mengambil kesempatan menggunakan nama Aaron untuk menjual 50 unit iPad dengan harga yang murah. Aaron lantas tampil menafikan yang dia diwakili sesiapa untuk menjual iPad murah itu. Nasib baik juga perkara ini dapat dikesan, jika tidak tak fasal-fasal nanti ada yang tertipu.
Dalam entri ini ditampilkan beberapa gambar dari Twitter Aaron Aziz, termasuk yang terbaru, dia telah berposing atas katil (bersama anak-anak) sambil menayangkan otot lengannya yang semakin kekar. Hebat juga, Aaron nampak sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti kerjaya tetapi masih ada masa ke gymnasium untuk membina badan. Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Bazar Seni Industri Budaya akan berlangsung mulai jam 2.00 petang pada 24 & 25 Mac (Sabtu dan Ahad) ini di perkarangan Panggung Bandaraya KL. Masuk adalah PERCUMA!
Khabarnya Sazzy Falak akan tampil dengan rangkaian pakaian jenamanya sendiri pada Jun depan. Menurut laporan Mstar, pakaian berjenama SF by SF (Street Fashion by Sazzy Falak) itu hasil minatnya pada fesyen dan idea itu tercetus semasa dia mengandungkan kembarnya iaitu Iman Lilly dan Tiara Rose yang kini berusia 11 bulan. Sazzy, 31, dikatakan melakar sendiri rekaan pakaian dalam rangkaian fesyennya itu bersama beberapa orang rakan. Nampaknya bertambah usahawan dari kalangan selebriti setelah beberapa orang selebriti menunjukkan minat dan berusaha untuk mempunyai perniagaan sendiri. Ini pula gambar-gambar terbaru keluarga Sazzy Falak termasuk suami dan kembarnya. Lagi 9 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Sazzy Falak.
***
Basikal Fixie ialah sejenis basikal ‘fixed gear’ yang tidak mempunyai brek. Basikal ini ada dua jenis iaitu ‘freestyle’ dan ‘mash’ yang mana perbezaannya dapat dilihat dengan ketara menerusi saiz tayarnya. ‘Freestyle’ lebih sesuai digunakan untuk melakukan pelbagai aksi atau ‘trick’ dan menggunakan tayar lebih besar daripada biasa. Jenis ‘mash’ pula lazimnya digunakan untuk melakukan perjalanan jauh kerana ia lebih fleksibel dan ringan. Basikal ini tidak mempunyai brek, ‘suis’ utamanya terletak pada pedal pengayuh kerana ia berfungsi mengawal kelajuan, termasuk memberhentikan basikal. Basikal ‘fixed gear’ atau ‘fixie’ digunakan oleh golongan penghantar surat di Amerika Syarikat. Mula mendapat perhatian di negara ini sekitar 2006. Tidak mempunyai brek dan memerlukan teknik ‘pull and push’ untuk memberhenti dan memperlahankan basikal. Selain itu, ia memerlukan tenaga lebih berbanding menunggang basikal biasa kerana kaki tidak sempat ‘berehat’, sebaliknya penunggang perlu sentiasa mengayuh bagi menggerakkannya. Ingin melihat aksi Basikal Fixie? Jangan lupa ke Bazar Seni Industri Budaya, 24 dan 25 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur mulai jam 2.00 petang. Untuk maklumat lanjut, sila like Fanpage kami.
Buat anda yang terlepas menonton Propaganza pada hari Ahad yang lepas, Abang Nara bawakan kepada anda video bulan madu Yusry dan Lisa Surihani yang sangat romantik. Terasa nak ajak wife Abang Nara gi honeymoon kat Europe plak lepas tengok video nie. So sweet.