Tomok bakal juara OIAM?

http://www.manggaonline.com.my/images/stories/tomok-juarake-1.jpg
Pertandingan One In A Million sudah hampir ke kemuncak. Malam ini seorang lagi peserta akan meninggalkan pentas dan melupakan impian bergelar juara dan membawa pulang RM1 juta.

Kini tinggal Tomok, Esther, Nine dan Aweera yang masih kekal bersaing. Siapa yang bakal jadi juara?

Ramai pemerhati meramalkan Tomok akan bergelar juara OIAM musim ketiga. Malah Amylea yang tersingkir minggu lalu pantas menyebut nama Tomok apabila diminta meramal siapa akan jadi juara.

Tomok dilihat tampil dengan transformasi yang ketara dan meyakinkan berbanding penampilannya semasa bersama kumpulan New Boyz. Saban minggu Tomok memukau peminat dengan kelainan yang dibawakannya di atas pentas.

"Saya sedar persaingan sangat sengit. Alhamdulillah apa yang saya cuba tonjollkan di atas pentas diterima oleh peminat. Saya telah membawa pembaharuan dan mereka menerima apa yang saya lakukan.

"Selain idea sendi, saya juga dapat kerjasama dengan orang di sekeliling dalam pertandingan ini yang memberi panduan untuk mencantikkan susunan muzik dan konsep persembahan saya," kata Tomok.http://www.manggaonline.com.my/images/stories/tomok-juarake-2.jpg

Post a Comment

0 Comments