Pemergian Yasmin Ahmad: Reaksi Artis


Sebaik sahaja berita tentang pemergian Yasmin Ahmad tersebar, ramai teman-teman artis telah ke Hospital Pakar Perubatan Damansara untuk memberikan penghormatan mereka.

Fatimah Abu Bakar
Dunia ini ada insan-insan yang hebat. Antaranya, Yasmin. Dia seorang yang berbakat dan mempunyai visi tersendiri hingga ramai yang salah faham terhadapnya. Tetapi jauh dari berniat jahat, karyanya berkisar tentang kemaafan dan cinta kerana begitulah Yasmin dibesarkan oleh ibu bapanya.

Dafi
Kita kehilangan seorang yang amat berbakat. Saya benar-benar sedih kerana Yasmin seorang yang cukup istimewa. Saya bertuah dapat mengenalinya (dia pernah bekerjasama dengan Yasmin untuk iklan Silky dan projek Earth Hour).

Engku Emran
Pemergiannya satu kehilangan yang besar buat negara. Sentuhannya berbeza sekali jika hendak dibandingkan dengan pengarah lain kerana filemnya berjaya merentasi perbezaan bangsa dan agama.

Aznil Hj Nawawi
Kali terakhir saya bertemunya ketika dia ke studio Era untuk mempromosikan 'Talentime'. Sebelum mendapat SMS tentang pemergiannya, saya sudahpun merancang untuk melawatnya kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi sayangnya, dia sudahpun pergi meninggalkan kami.

Post a Comment

0 Comments