Haa, sebab apa tajuk macam ni? Sebelum ini admin ada membuat entri tentang Haliza Misbun yang selamber membuat statement dalam menyerahkan aset nya untuk filem terbarunya .
Admin pun tak tahu lah best ke tak. Tapi masih dalam shooting kot. Apa-apa pun tahniah kepada Haliza kerana membuatkan Malaysia lebih terbuka.haha. Kalau nak tayang, tayang lebih lagi pun tak apa. Ajak la artis-artis baru yang menagih filem.haha
Admin masih menunggu jika Scha, Rozita che wan atau Intan Ladyana ingin membuat statement sebegini. Gua tak kisah beb!
Orang bayar untuk menonton filem jadi kita perlu memberikan lebih banyak ‘kejutan’. Kalau tidak lebih baik mereka menonton TV sahaja. Tapi ini tidak bermaksud kita perlu mengeksploitasi badan kita. Cuma saya eksploitasi sikit aset diri yang dianggap berharga buat saya” – HALIZA
MEMILIH judul Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Suami untuk filem terbitan pertamanya, Haliza Misbun sedar ideanya itu akan mengundang pelbagai persepsi dan persoalan. Ramai yang akan memikirkan sama ada cerita itu terutama judulnya mempunyai sebarang kaitan dengan Haliza. Adakah dia sedang menceritakan perihal dirinya sendiri?
Ini kerana, Haliza yang sudah berusia 36 tahun masih bujang dan sudah ‘layak’ digelar andartu. Namun, aktres itu yang memegang watak utama sebagai Nikki tidak kisah dengan pandangan orang ramai. Malah, dia sudah biasa dengan soalan mengenai perkahwinan.
“Memang ramai orang selalu bertanya tidakkah saya takut untuk menjadi andartu. Jawapannya tidak kerana saya amat gembira sekarang. Lagipun saya belum bersedia untuk berkahwin. Siapa kata perkahwinan itu akan menjanjikan kegembiraan?
“Mungkin selepas kahwin saya tidak akan gembira seperti sekarang. Siapa yang tahu kan? Tapi ibu bapa saya tidak pernah menggesa saya untuk berkahwin. Jadi filem itu yang merupakan idea saya mempunyai sedikit kaitan dengan hidup saya.
“Mengenai judulnya, saya sedar ada ramai orang yang memberi komen negatif tetapi saya tidak boleh memuaskan hati semua orang. Apa yang penting adalah mengikuti naluri hati sendiri,” kata Haliza
Memilih pelakon berdasarkan kesesuaian watak dan bukannya kerana populariti, filem itu turut dibintangi Ari Wibowo, Awie, Azhar Sulaiman, Fahrin Ahmad, Erra Fazira, Fizo Omar, Fara Fauzana dan Datuk Jalaludin Hassan.
Menyaksikan sedikit sedutan filem itu, ada pihak yang mungkin terkejut dengan pakaian Haliza yang agak terbuka. Beberapa babak menunjukkan aksi dia berpakaian terdedah, terutama di bahagian dada aktres serba boleh itu. Tapi, aktres itu memberitahu ada sebabnya mengapa dia begitu berani berpakaian sebegitu.
“Orang bayar untuk menonton filem jadi kita perlu memberikan lebih banyak ‘kejutan’. Kalau tidak, lebih baik mereka menonton TV sahaja. Tapi ini tidak bermaksud kita perlu mengeksploitasi badan kita. Cuma saya eksploitasi sikit aset diri yang dianggap berharga buat saya.
“Sebenarnya hari ini juga merupakan kali pertama saya melihat sedutan filem dan saya amat berdebar. Takut juga ‘aset’ saya itu terlalu menonjol,” kata Haliza yang berniat untuk menerbitkan sekuel filem itu.
Berharap Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Suami dapat ditayangkan sekitar Mac depan, kali terakhir Haliza terlibat dalam filem adalah pada tahun 1996. Berganding dengan Hans Isaac dalam filem arahan Aziz M. Osman, Scoop, karya itu juga menjadi penyebab mengapa Haliza berhenti aktif dalam lakonan filem.
Disalahkan kerana menjadi salah satu faktor kepada kegagalan filem itu, Haliza takut untuk menerima tamparan sama. Itu yang menyebabkan dia hilang terus dalam arena perfileman selama 13 tahun.
“Ketika itu, ramai yang memberitahu bahawa saya bukan artis yang boleh jual. Saya bukan pelakon komersial dan hanya sesuai dengan watak serius. Tapi sebenarnya, zaman itu adalah zaman Erra Fazira. Jadi itu mungkin juga antara sebab mengapa filem Scoop itu gagal,” jelas Haliza yang menjemput Erra pelakon jemputan dalam filemnya.
Haliza juga mengaku bahawa dia memang suka menjayakan watak berat semasa muda. Itu juga membataskan perkembangan kariernya dalam dunia perfileman.
Tetapi kini dia sedar sebagai seorang pelakon, dia perlu menjadi seorang yang versatil. Maka, Haliza mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa dia juga boleh membuat orang ketawa.
“Apabila anda merupakan pelakon serius, anda boleh menjayakan watak komedi dengan senang. Dulu semasa berlakon dalam Scoop, saya hanya mahu menjadi serius. Itu telah membataskan luahan lakonan saya.
“Kini dengan pengalaman berlakon dalam drama, saya lebih terbuka. Bagi saya berlakon dalam drama adalah seperti belajar di sekolah. Maka, kepada pelakon-pelakon lain, jangan berasa segan untuk berlakon dalam drama,” katanya.
Mula menyimpan impian untuk menjadi penerbit sejak terlibat dalam filem Abang 92, ada sebabnya mengapa Haliza menjemput kawan baiknya dari Indonesia, Ari Wibowo untuk berlakon sama dalam filem itu, bukan kerana perasaan cinta seperti yang dikatakan orang ramai.
“Dia kawan saya, kami serasi. Daripada saya menawarkan watak itu kepada orang lain, baik saya bagi kepada Ari. Saya mengajak Ari kerana mahu menarik lebih ramai penonton Indonesia yang menetap di Malaysia untuk menonton filem itu.
“Mana tahu mungkin ramai audiens Indonesia menyukainya dan mereka menyebarkan kepada penduduk Indonesia. Jadi filem itu berkemungkinan boleh menembusi pasaran Indonesia. Itu adalah angan-angan saya tetapi tidak menindakkan sebarang kemungkinan,” ujar Haliza yang tidak berminat untuk menjadi pengarah.
Memulakan penggambaran pada 1 hingga 18 September lalu di sekitar Kuala Lumpur, filem Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Suami kini sedang disunting di Bangkok, Thailand. Menelan kos RM1.1 juta termasuk promosi, filem arahan Din CJ yang diterbitkan oleh Big Production Sdn. Bhd. itu menggunakan wang simpanan Haliza sepenuhnya.
“Walaupun ramai artis memilih untuk hidup mewah, saya lebih sukakan kehidupan sederhana. Bukannya apa, saya mempunyai syarikat dan perlu sentiasa membuat perancangan untuk masa depan. Jadi duit filem itu adalah simpanan saya sendiri,” ujarnya yang yakin kutipan untuk filem itu mampu mencecah RM3 juta.
Menubuhkan Big Production Sdn. Bhd. pada bulan Ogos lalu khas untuk filem itu, Haliza berkongsi syarikat itu bersama adiknya, Amanda Misbun. Dia yang merupakan pemegang saham utama juga mempunyai satu lagi syarikat, Halle Pictures yang aktif dalam penerbitan drama.
“Jika berbicara pasal duit, saya seorang yang tegas dan garang. Jadi semua bajet dalam filem itu dikendalikan oleh saya seorang diri. Saya akan pergi bank dan sain cek setiap hari. Walaupun hanya membabitkan jumlah wang yang kecil, saya akan bertanya dan memastikan tiada duit yang dibazirkan,” katanya dalam senyuman penuh keyakinan.
0 Comments