Eja Sedia Kenalkan Baby Girl, Nur Eishal 3 Disember Ini!

Eja


Eja atau nama sebenarnya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan 3 September 2009 yang lepas. MT ada juga tercari-cari gambar Eja ni tapi belum terjumpa lagi. Rupanya bukan MT seorang yang nak tengok ni, tetapi yang lain pun sama kan? Tak gitu? MT harap berita yang MT nak umumkan ini akan melegakan anda yang sudah lama menanti.

Eja bakal perkenalkan anak perempuan yang diberikan nama itu kepada media pada 3 Disember 2009 nanti.

“Saya memilih tarikh 3 Disember kerana genap tiga bulan usia . Buat pertama kalinya, saya akan memperkenalkan ‘baby’ saya kepada rakan media kerana ramai yang tertanya-tanya bila saya akan menunjukkan wajah .


“Jadi, pada pukul 3 hingga 5 petang itu, saya akan menyediakan sedikit jamuan petang di sebuah hotel kepada mereka yang hadir.

“Saya mengadakan majlis itu secara santai dan kasual dan jemputan terhad dalam 20 orang sahaja.

“Mungkin lebih dari itu kerana setakat ini saya masih lagi mengumpul nombor telefon dan mendapatkan pengesahan rakan media dan rakan-rakan lain yang akan hadir ke majlis itu.

“Jadi, selepas ini orang ramai boleh melihat rupa kerana sebelum ini saya rasa masa tidak sesuai,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, “Kalau nak tunggu majlis cukur jambul lambat lagi. Lagipun orang ramai dah bertanya jadi saya fikir inilah masanya.”

Insya Allah lepas majlis itu diadakan nanti, MT akan kongsikan gambar-gambar Eja ini bersama anda semua ye. Tunggu….

Post a Comment

0 Comments