Lan Kristal mahu Kahwin dah

Lan Kristal atau nama sebenarnya, Mohd. Razlan Mohamed Yusof) dan juga bakal isterinya, Ain atau nama sebenarnya Nur Sheila Hassim sudah pun mula menghantar kad undangan majlis perkahwinan mereka kepada pihak media dan juga orang yang dikenali. Menurut kad undangan berkenaan, majlis diadakan di rumah Ain pada 6 Disember 2009 di Kampung Seri Aman, Batu 13, Puchong, Selangor manakala sebelah Lan diadakan pada 20 Disember di Taman Permata, Kuala Lumpur.

Mereka memang tidak pernah menyembunyikan perhubungan. Malah sejak bercinta lagi Lan memperkenalkan buah hatinya kepada pihak media, apatah lagi wanita itu ialah pengurus kumpulan Kristal.

Post a Comment

0 Comments