Kesian kami kat Memey Suhaiza. Mungkin banyak sangat kerja yang diberi oleh Abang Norman dia sampai tertidur mati dan tak sedar ada orang ketuk pintu pejabat. Abang Norman nie pun janganlah dera sangat budak-budak macam Memey nie. Mentang-mentang dah berpengalaman lama dalam bidang seni. Kami tahu banyak benda baru yang perlu diajar, tapi take one at a time. Jangan nak curahkan semuanya di suatu malam.
Eh lupa plak nak bagitau yang kes khalwat Memey Suhaiza dan Norman Hakim nie sekarang tengah diperdengarkan kat mahkamah. Itu yang terkeluar cerita pasal Memey tidur mati nie. Mungkin kepenatan seharian bekerja kot. Almaklumlah, artis baru nak naik. Mesti terkejar ke hulu hilir nak buat promosi. Tue yang bila sampai opis Abang Norman terus terjelopok tidur. Kepenatan la tue.
Buat anda yang berminat nak baca sesi soal jawap penuh dalam mahkamah, sila baca artikel ini sepenuhnya.
HULU KLANG: Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendakwa pelakon Memey mungkin ‘tidur mati’ (nyenyak) ketika serbuan dibuat di premis disyaki berlaku kejadian khalwat sehingga menyebabkan dia tidak mendengar pintu diketuk.
Kyairol Nizam Khiruddin, 28, berkata demikian ketika menjawab soalan balas peguam bela, Fakhrul Azman Abu Hassan ketika memberi keterangan dalam kes khalwat membabitkan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21, dan Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33.
FAKHRUL: Dalam keterangan lalu, kamu ada kata muka Memey sembap, kamu ada tanya dia kenapa?
KYAIROL: Saya tidak ingat siapa yang tanya, tapi saya ada dengar dia kata takut.
FAKHRUL: Kamu tahu dia (Memey) tidur di mana?
KYAIROL: Saya tidak tahu.
FAKHRUL: Ada kemungkinan, Memey ‘tidur mati’ sehingga tidak dengar pintu premis itu diketuk.
KYAIROL: Ada kemungkinan.
FAKHRUL: Ada kemungkinan apabila kamu ketuk pintu dengan kuat sehingga menyebabkan dia takut?
KYAIROL: Mungkin.
FAKHRUL: Jika melihat kepada pintu masuk ke premis itu, di kiri dan kanannya adalah dinding batu, setuju saya katakan bahawa kamu tidak akan mendengar apa yang terjadi di dalam?
KYAIROL: Setuju.
FAKHRUL: Selain tidak dengar awak juga tidak nampak apa yang terjadi di dalam?
KYAIROL: Setuju.
FAKHRUL: Saya cadangkan jika kamu intai pintu dari luar, kamu tidak akan nampak silau kaki dari dalam bangunan?
KYAIROL: Saya tidak pasti.
FAKHRUL: Jadi bila awak tidak pasti, sebenarnya awak tidak nampak kerana ada getah yang menutup bahagian bawah pintu itu?
KYAIROL: Saya tidak pasti ada getah tetapi saya nampak silau.
FAKHRUL: Bila awak kata ada nampak silau, awak tidak pasti ia silau kaki ke atau silau kucing berjalan ke?
KYAIROL: Ya.
FAKHRUL: Kamu kata ada kedengaran bunyi besi ditarik? Kamu pasti ia besi?
KYAIROL: Ya.
FAKHRUL: Macam mana awak tahu? Adakah awak pakar bunyi?
KYAIROL: Tidak.
FAKHRUL: Dalam keadaan ini, awak juga tidak boleh pastikan apa yang berlaku?
KYAIROL: Ya.
FAKHRUL: Kamu kata ada picit loceng, adakah kamu pastikan sama ada ia berfungsi atau tidak?
KYAIROL: Saya tidak pasti.
Dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie Salehudin Yatim, Fakhrul Azman turut mempertikaikan keterangan Kyairol sebelum ini dan mendakwa ia bercanggah dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap kedua-dua anak guamnya.
FAKHRUL: Dalam keterangan bersumpah sebelum ini, kamu ada memberitahu mahkamah bahawa apa yang kamu faham mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Selangor 1995 adalah lelaki yang didapati bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan bukan isteri atau mahram dan juga orang perempuan yang didapati bersama dengan seorang atau lebih lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat ‘tersembunyi’, di dalam rumah atau bilik, itu yang kamu faham?
KYAIROL: Ya.
FAKHRUL: Merujuk kepada buku seksyen (mengemukakan kepada saksi) ada atau tidak perkataan tersembunyi di situ?
KYAIROL: Tidak ada.
FAKHRUL: Setuju dengan saya awak beri keterangan yang salah kerana ia sepatutnya terselindung bukan tersembunyi?
KYAIROL: Tidak setuju.
FAKHRUL: Setuju saya katakan sebenarnya kamu tidak secara terperinci mengenai apa yang diperuntukkan mengikut seksyen itu?
KYAIROL: Tidak setuju.
FAKHRUL: Setuju dengan saya bahawa sebagai penguat kuasa, kamu perlu mengetahuinya secara terperinci?
KYAIROL: Ya.
FAKHRUL: Setuju dengan saya, bila awak tidak membaca seksyen itu dengan betul, tangkapan dibuat boleh jadi ‘membabi buta’?
KYAIROL: Tidak setuju.
Perbicaraan bersambung 4 Disember depan.
0 Comments