Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Halina Apa cerita

Seperti mana gossip yang lain-lain di kalangan artis tempatan, perkhbaran atau gosip ini masih di peringkat mulut-mulut penulis media hiburan dan tidak ada kaitan dengan pihak berkait yang mengesahkan hal-hal seperti ini. Dr. Sheikh Muszaphar yang akan bertunang dengan pilihan hatinya yang juga bekas pelajarnya, Dr. Halina Februari 2009 lalu, kini dikatakan telah membuat haluan masing-masing.

Seorang kenalan rapat Dr. Sheikh Muszaphar ketika di sekolah menengah dahulu menyampaikan yang hal ini di suarakan sendiri oleh empunya badan. Dalam kenyataan selepas bertunang Februari lalu, Dr. Sheikh Muszaphar mendakwa ada perancangan untuk melangsungkan majlis pernikahan pada Julai 2009.

Namun sehingga ke hari ini, masih tiada khabar berita tentang perkembangan hubungan pasangan ini. Mungkin tidak jadi oleh kerana kesibukan karier masing-masing atau tidak jadi kerana seperti di dakwa, sudah membawa haluan masing-masing.

Post a Comment

0 Comments